24 December 2009

2nd Anivasaray & Kenduri Bulat






Minggu lepas kami balik kampung naik bus.Alhamdulliah aiman baik2 je dlm bus.Kami memang dah plan lama untuk balik kampung pada tarikh 17hb hingga 22hb.Tapi cuti aku lulus sampai 21 je.Jafual Balik kg pun penuh.First kenduri bulat.Juamaat Bulat akad nikah.Sabtu Kenduri belah perempuan.Ahad Belah lelaki.Belah Lelaki buat di rumah mak mertua ku.Masak sendiri...so my love so buzy hari sabtu dan ahad.Isnin hari yang paling di nantikan.Ahad my love tdo awal sikt sebab nk simpan tenaga untuk isnin.Pagi isnin bertolak ke tempat make up.janji kul 9 make up tapi mak andam lak lambat.nak dekat kul 1015 baru start make up...sian jurukamera aku tunggu lama.so sesi photo pun lambat.kami bermula jam 12 sampai petang jam 6 lebih tak silap.Non stop tangakp gambar.nak kejar masa.Kami bermula di gunung lang,tmn jepun,stesen kretapi,kek lok tong dan botani.Paginye masih bersemagat semua...masih bertenaga.Kami ada 5 org.My love,aku,adik ku,Putri Dan zul.Bila dah dekat stesen kretapi my love dah tak larat sbnrnye....maklumla..mlm tadi dia sakit perut...dgn x cukup rehat....sian dia...aku pujuk2 gak dia...bg semagat.tp my love ni tak pandai sorok muka penat.terserlah muka kepenatanye.nak senyum pun tak larat.heeee...Hope gambar jadi dgn baik.Bergambar ni utk celebrate ulang tahun perkahwinan ke dua tahun.plan next year klu ada modal panjang umur murah rezeki nk g melancong kat dlm malaysia je...destinasi x sure lagi.so layan je lah gambar ni yek...

28 November 2009

Masa Free

Dah lama tak berblog ni...dah lama gak tak ada masa free ni...so ni lah masanye aku nk mengarang di blog.Banyak nak cita tapi tak tahu nak mula tang mana.Raya Haji tahun ni kat johor je,..cuti sehari je...Mama yang datang beraya di johor...sian mama thank.Hari ni sabtu aku keje.Pengasuh aiman cuti, then aiman buat pertama kalinya aku tingalkan dia dgn ayangnye bersapa opahnye yang jaga.Tak thu lah macam mana dua beranak jaga aiman.Aku harap semua ok.

Bulan depan ada big program dan bulan depan jugak my bestfriend wedding.Tersenyum aku bila kenang sal dia...dah nak kawin pun dia.Kami pun dah kurang rapat cam dulu sebab tak sesuai dan tak boleh.Masing2 dah ada pasangan masing2.Tp memory dgn my best friend ni mmg banyak..sweet2 semua.klu kenang2 kelakar pun ada.Semoga kalian berdua bahagia sampai akhirnya.Aku cam tak leh datang je kenduri my best friend tu.Mungkin lah perempuan boleh kot.Untuk my big program lak..harap berjalan dgn lancar.Gaun dah cari...My love suka gaun tu but aku kurang.tp dah sewa pun.fofografi pun dah ok.make up pun dh ok.tinggal bunga tangan aku nk cari bunga hidup.lagi y aku tgh fikir kan aiman nak join ke tak.baju y aiman nk pakai.


Kereta kancil aku belum sampaijohor lagi.memandang kan bnyk perkara y berlaku sepanjang bulan2 lepas..terpaksa delaykan penghantaran kancil aku tu.Plan nak hantar pas raya tak jadi sebab ayah aku kemalangan kecil..kakinye luka.tak sampai hati lak nak biar ayah aku hantar sakit2.then ayah aku plan dlm bulan 11 lak.tp tak jadi gak.kakak aku yang sulung dgn anaknye ikwan di tahan kad wad sebab virus H1N1 dengan Husna pun kad wad jangkitan paru2 lak.musim kena tahan kat wad plak.so sampai rini blm lagi..tap aku pun tak uregent nak guna.

diam2 dah nak kul 1...time out ni..bye..

29 September 2009

RAYA 2009










09 September 2009

Ngidam Makanan Perak.








Sebut sal ngidam mesti ingat sesuai untuk org megandung ken...heeeee..kakaka
Tapi aku bukan la ngidam.Tapi dah lama tak makan masakan perak.so teringin tahap gaban la....pergi cari kat bazar ramadhan tak ada.Bazar ramadan kat sini semua selera kelantan dan johor je.Kalau pergi bazar tu...ronda 2,3 kali pun tak tahu nak pilih makanan apa.Selalu yang aku pilih Laksa @ bubur.Aku mencari masakan tempoyak,pekasam,masak lemak cili api,pais ikan,rendang tok..apa2 je lah selera utara.Dah merata bazar aku cari.Tapi tak ada la...aku dah pesan dah kat mak aku simpan ikan pekasam.Lagi seminggu lebih je nak raya....yes2....tak sabar nak pergi bazar kat taman meru.Tengak gambar kat atas tu dah meleleh air liurku.Doakan perjalanan ku pulang ke kampung halamat dengan selamat.Doa ku juga untuk teman2 sekalian.

07 September 2009

Fluorida Membahayakan !!!!

APA ITU FLUORIDA?
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.



MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.



MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.



KES MAHKAMAH
Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.



PENYELIDIKAN AWAM
Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.
Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia."



AMARAN & PANDUAN
Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:


"WARNING: KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY."
/
“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”





FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:

- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit

BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!
Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.

SUMBER MAKLUMAT:
Panduan CAP, Bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik & Produk Kegunaan
www.fluoridealert.org

02 September 2009

SMS Yang Mengejutkan.

Pada Isnin yang lalu...time cuti merdeka. Aku menerima SMS yang membuatkan aku hampir pitam.Aku kalau dirumah jarang nak dengar hanphone bunyi sebab aku pun kadang2 lupa kat mana aku letak handphone.Kadang2 aku tertingal dalam kerete.Tapi klu aku nak pergi jalan-jalan, tempat kerja atau selain dari rumah aku memang hanphone akan melekat dengan poket aku.Tapi sampai je rumah.erm....tah mana aku letak.Bila ambil je hanphone mesti ada 2,3 kali miscall.

Ceritanya pada isnin tu.Aku tengah masak didapur tetiba teringat nak fon kakak aku nak tanya resepi masakan (nak masak baru nak fon tanye..heeeee...)Bila aku ambil hanphone kat dalam kereta ada 1 SMS aku terima.Aku pun terus je baca SMS tu tanpa melihat sapa pengirimnye.SMS tu bertulis "MAK ABAH DAH SAMPAI HUKUM.AZAN ZOHOR TADI".Habis baca aku rasa darah dah naik kat atas...nak bernafas pun aku dah rasa susah.Dalam hati dah berkecamuk.Aku macam tak perchaya..aku masih belum sempat mintak maaf lagi.Aku duduk kat kerusi untuk menenagkan fikiran.Tapi aku masih belum melihat pengirimnye lagi.bila aku tengok pengirim SMS tu adalah bapa mertuaku rupanya yang nak beritahu mak kepada ayah mertuaku yang telah sampai hukum....Ya ALLAH Ya TUHAN KU.....leganya hati...bertapa nyesalnye aku tak baca sapa pengirimnye dahulu.Then baru aku beritahu kepada my love.Pengajaranye lain kali baca sapa pengirim sms dulu.Yang paling penting jgn tunggu raya baru nak mintak maaf kat parents kita.Akhir kata Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Juga TAKZIAH kepada keluarga bapa mertuaku.AL-FATIHAH

01 September 2009

Si Kancil Akan Datang....

Hari ni ada dua berita yang aku terima.Satu Sedih satu happy sangat2. So cerita yang sad dulu lah.Aku rasa satu malaysia tahu kot....satu malaysia pun tengah merungut...sal apa lagi...minyak petrol naik la....Bila minyak naik..semua barang akan naik.Naik nak dekat raya lak tu.Confirm tiket naik mendadak.Kalau tahun lepas harga tiket JB - Ipoh boleh mencecah seratus lebih..tahun ni..tah la...mahu sampai 150 kot.So klu dua org dah dekan 300 tu.erm....baiklah aku balik naik kereta...harga lebih kurang je.So nak balik ni kena spend money lebih lah...klu tak raya kat JB je dgn my love..uwa.....uhuk2...sob..sob...tak sangup.




Then berita HAPPYnye.Pagi2 dapat pangilan dr abah.Abah dh beli MYVI so nak jual kancil.Bukan kancil y gambar kat atas tu.Kancil aku tu warna merah.Abah offer kat nak jual kat aku.Then tanpa pikir panjang jawapan aku pun yes la....kebetulan aku dgn my love pun ada gak merancang nk beli kancil tu kat abah.Kancil tu utk my love berulang ke tempat belajar dan nk g jln y dekat2 je..jimat minyak sikit.Selain tu kancil tu banyak memory.Bukan takat menyimpan memory aku je..juga memory kakak aku y sulung sebab tu kereta pertama dia.Wlu pun kereta tu dah mencecah 10 tahun (dah boleh masuk warga emas tu...) tapi perhikmatan dan value dia tinggi bagi aku.

Sedikit memory tentang kancil merah ni.Kancil tu keluaran tahun 1996.Sebelum kakak ku melanjutkan pelajaranye ke oversea kakak ku menjual pada ayahku.Walau pun kancil tu nama ayah ku..tapi aku guna cam hak aku.heeeee...Kanci tu yang aku bawa mula2 belajar kereta.Kancil tu jugak aku guna utk g belajar tahun akhir dulu.Kancil tu jugak aku angkut kawan2 umh sewa aku dulu.Penah sekali seramai tujuk org dlm kancil tu..cam sardin lm tin.Kancil tu gak aku dgn kwn2 aku g jalan malam2 ronda pekan ipoh tengok mak nyah....Yang paling penting....kancil tu gak yang selalu aku dgn my love g jenjalan waktu cintan cintun dulu.Kancil yang telah memudahkan aku berulang ke pulau pinang dulu time buat sijil pra persekolahan.Aku gak telah melaburkan money dgn kancil tu.Aku dah pasang alarm sistem.Aku pasang radio JVC.Terlalu banyak kenagan dengan kancil ni.Tak sabar menunggu kedatangan kancil ke johor ni. : )

21 August 2009

Kek Lagi......









Ni lah gambar kek yang aku order dari nr yummie blog....kek coklat moist.kek kegemaran aku.aku order time aku balik ipoh bulan lepas.Puas hati dapat makan kek.Tambah lak makan dengan si kecil di keliling.erm....yummie...yumie....sedap menjilat jari.Siap tapau bawak balik johor lagi...heeee

Sal kek coklat ni....aku dah rase jugak beberapa org buat kek coklat ni...tp yang paling melekat dgn cita rasa aku..ada dua org...kek dia y lembut...dgn moistnye...erm...marvelous lah....klu korang nak order kek coklat ni...yang dok ipoh la....aku cadangkan sama ada di http://feenacakes.blogspot.com/ atau di http://nr-yummie.afzaiafandi.com/ kat johor ni aku belum lg jumpa y best. Ada sekali aku order kat johor ni lah ..nampak cantik giler..dia memang terow sal deco2 kek ni siap bukak kelas lagi.Tapi mak ai....kek dia keras..nak potong pun susah..rasa pun kureng....tp mungkin waktu dia buat kek kat aku terlebih tepung kot.Tp buat aku x nak order lagi.uhuk2.....

Berhenti Kerja

Sambungan kisah yang lalu.Bulan depan semingu sebelum raya aku dah masuk company baru.Last aku di company ni pun lagi 3 minggu.Aku nk berenti pun susah.Dugaan jugak nak berenti.First aku dipujuk oleh second bos.Siap offer gaji naik.Then alasan aku bukan kerana gaji.Kerana tak sangup lg kerja dgn my bos.Aku takut lepas ni dia akan tuduh aku apa2 lak.Aku tak nak ambil risiko tu.Then second bos pun ok lah....lepas kan aku.Bila bos aku dah tahu aku hantar surat berenti.Dia pulak jumpa aku.Tiga kali meeting dgn aku secara personal pujuk aku.Siap offer gaji lagi tinggi dr offer y aku dapat dr company baru.Ada lagi offer dia....nak tambahkan kerja aku kalau aku rasa boring dgn kerja sekarang.Macam2 dia pujuk aku.Aku dah bagi hint aku berenti bukan kerana jawatan ke.....gaji ke....tp tak suka dia.Tp dia ni tak paham2.Aku dah malas nak meeting banyak kali dengan dia nak pujuk2 aku.Time nak berenti bukan main lah.Dia ingat aku leh lupa dia tuduh aku.Senang2 suh aku maafkan.Ingat perkara kecil.Maruah aku tau.Last sekali meeting dengan bos dari singapore lak..benda yang sama jugak cakap.Masih pujuk aku.Nak naik gaji la..jawatan la...bg aku dah lewat tawaran itu semua.Yang aku tahu aku nk berenti dari bos aku.Bila bos dari singapore dok tanya why2....aku pun dah tak tahu nak ckp pe...gaji dia offer pun aku say no..jawatan pun aku say no....lagi aku tak ckp y sebenar lagi tu lah tak lepas aku.Last sekali aku pun ckp...aku dah tak nak kerja di bawah my bos becoz bla.....bla....then diorang pun akur dgn kehendak aku.Diorang pun thu my bos patern & peragai suku2 dia.Lega rasa..happy gile...heeeheee.Then sekarang aku tengah tunggu org dr site office utk aku ajar wat keje lak.Dia ni tak de basic.Sebab dia ni ISLAM,Melayu dan seorang ibu yang tengah megandung...so aku plan ajar la dari A-Z.Kalau org lain....jgn harap aku ajar penuh...pandai2 la....


Dah nak puasa besok...aku pun nak buka buku baru....Selamat Beramal Ibadah..Jom Lumba2 pg terawih.bye....

14 August 2009

Tabahkan Hati Ini

Bulan ni dugaan satu persatu dugaan datang.Tapi aku tak kesal.Aku cuba hadapi dengan redha.Dugaan paling getir aku rasa bulan ni kat pejabat.Dugaan betul2 mencabar keimanan ku.Ya ALLAH Kuat kan hatiku melalui dugaan mu yang kecil2 ini.Aku tahu KAU menguji ku ditahap kemampuan ku.Ya ALLAH kau kuatkan juga imanku.

8/8/09 tarikh y akan aku ingat dalam sejarah hidup ku apabila aku dituduh menceroboh ke dalam komputer my bos dan membuka maklumat sulit pejabat.Hati aku betul2 sakit marah kecewa.Pagi sabtu tu..tibe-tibe naik angin tanpa aku tahu puncanya.Hentak-telefon...tutup pintu kuat2...aku masih buat tak tahu.bagi aku mungkin ada msalah peribadi kot.Lagi pun satu office aku tahu dia tu memamng tiga suku(bukan aku y letak tp org2 office memang pangil dia 3 suku).Then datang tempat aku.Tanya dalam marah tanya aku ada tukar pasword komputer aku tak.aku jawab memang ada.komputer aku suka hati lah aku nk tukar ke tak.dlm komputer aku pun ada dokumen sulit gak.then dia suruh aku bagun dia nk tengok komputer aku.dari situ aku tahu dia marah aku tp aku tak thu kenapa.aku biarkan je...mungkin dia nk monopous kot atau dtg bulan.tapi lama-lama aku geram gak...ckp dgn aku pun dh tak ada adap sopan.aku tanya marah aku ke..dia ckp tak.dia marah seseorg.tak pe..aku sabar lg.Lama lepas tu dia fon bos kat singapore tp guna hanphone dan cakap kat bawah pejabat.naik atas masuk bilik air hempas pintu.Aku dah hangin satu badan.Aku ambil beg aku blah.dia fon aku tak angkat.kebetulan hari tu aku ada interview company lain..heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Petang aku dapat pangilan dari kawan pejabat aku.Dia cakap my bos report big bos aku tengok dokumen sulit dalam komputer dia.My big bos terkejut.Big bos tanya macam mana aku leh tahu sedangkan komputer dan dokumen semua ada pasword.cam mana aku leh tahu pasword.my bos cakap..RASA-RASAnya aku tahu(boleh tuduh2 main rase2).Kawan aku cakap my big bos memang tak percaya.Sebab gelaran tiga suku pun big bos y bagi.Aku adalah pembantu dia yang ke 4 sepanjang tujuh tahun dia berkerja di sini.Big bos kata isnin nanti aku datang bincang lagi.

Isnin pagi aku datang dengan hati yang panas....aku masuk pejabat tengok muka dia aku dah rasa mamat ni nak kena belasah dengan aku.dia tengok muka aku marah tak berani tegur..after 30 minit dia datang sebab aku dah pack semua barang aku.Dia nak cakap dengan aku..pandai lak kuar bahasa lembut.aku malas layan aku masuk bilik second big bos aku.aku kunci bilik.aku nk redakan marah aku.Ikut hati aku nak je baling cawan kaca aku kat muka dia.dah lama diaketuk bili.aku kasi lah masuk sebab aku nk dengar sendiri dari mulut dia tuduh aku.aku nak tanya apa sebab tuduh aku dan bukti.Tp tak cakap pulak.ayat pertama mintak maaf.then ckp dia tak marah aku hari sabtu tu.So kami meeting 4 orang.my second big bos,HR,my bos & aku.dia tak ngaku dia tuduh aku.padahal waktu dia ckp second big bos aku dengar.aku malas nak panjang2 cerita sebab dia tak ngaku.aku ckp okm setel....tapi aku sempat warning...jgn ingat aku perempuan, aku diam,aku layan je peragai dia...boleh tuduh aku x da bukti,boleh pijak2 kepala aku.Selang dua hari aku hantar surat berenti.Bagi aku bahaya kerja dengan dia.Tak mustahil dia akan tuduh aku benda lain pulak.Hasil siasatan kecil aku.Dulu pun pembantu dia..memang selalu kene tuduh macam2.So baik aku berenti..Tp tahan2 aku plak.nanti aku citer sal aku nak bernti dok pujuk2 aku jgn berenti.

06 August 2009

Balik Ipoh

Lama Tak UpDete blog ni...mana taknye...balik ipoh dua hari.....heeeeee...dah bersarang gak blog ni....Awal2 bulan aku ambil cuti balik ipoh.Pe lagi susah hati la bos aku.Dah macam cacing kepanasan.masuk hari ketiga bos dh fon aku suh balik keje...heeeee...Baru dia tahu.Aku Pun Satu..dah tahu keje banyak g cuti wat pe...Aku cuti sebab ada interview kat ipoh...Senang hati balik ipoh walaupun dlm kepala ni dok pk keje2 bertimbun2 atas meja.Lagi Senang hati balik ipoh dapat makan kek coklat...heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..siap bawak bekal ke johor lagi kek coklat tu.
Sal Balik Ipoh ni banyak gak nak story..story interview dalam sejaharah hidup ku.Nanti lah story...dah penat ni...rini baru sampai dari Ipoh...Esok dh nk bertungkus lumus siapkan keje.So nka rehatkan badan lak....byeeeee

31 July 2009

Kini Aiman Lapan Bulan

Aiman Lapan Bulan



Aiman Tujun Bulan




Aiman Enam Bulan



Aiman Lima Bulan



Aiman Empat Bulan



Aiman Tiga Bulan




Aiman Dua Bulan




Aiman Sebulan



Aiman Beberapa Hari


24 July 2009

Rindu Aiman

Keje tengah tak de ni...ni lah masa nak upda blog ni...time ni jugak teringat sal hari pertama aku tingal kan aiman kat pengasuh satu malam.Tangal 11 jul y lepas aku menaiki bas tranasional ke klang meningalkan aiman. Dalam hati dok ingat kat suami dengan aiman je.Fon suami tak angkat mungkin dalam kelas lagi kot.Fon mama lak ( pengasuh aiman).Alhamdulliah mamanye ckp OK.tak meragam..baik je...siap bwk naik moto dan jln2.Mamanye ada ckp..."ni mak dia yang rindu ni..aiman OK je...jgn risau..ni mak dia yang nagis rindu anak ni"....hati mmg tgh sedih bila mamanye ckp cam tu.Adoi!!!! air mata tak tahan dah...cepat2 habis ckp dgn mamanya.Cari tisu dlm beg.ada 3 pek tisu...apa lagi dok lap air mata la.....uwaaaaaaa....uwaaaaaaaa.....nasib gak malam so tak nampak sgt lak aku nagis dalam bus.uhuk2....nagis puas2..habis dua pek tisu lap air mata campur sekali mukus2...heeeeeeeee.Dah nagis lege hati.Minggu ni...no air mata lagi..aku tekad stop belajar.Lagi pun kos aku tu no market value dan bukan minat aku. My love say mintak lagi next year dengan bidang dan minat aku lak.Tapi rasanye tak kot.Aku lebih suka berkerja di rumah.sal ni next story...bye...

22 July 2009

Namanya Imran...

Sapa yang nama imran tu.......jeng.....jeng.....bukan sapa-sapa kay...ia nama anak kakak aku yang baru lahir pada 25 jun yang lalu.Aku pun tak tengok lagi Imran ni.Belum lagi balik ipoh.Insyallah bulan depan aku balik ipoh...yahooooooooooooo....balik kampung.Jangan buang masa...kita tengok gambar Imran ni...









Ikhwan Dengan Adiknye Imran.


psttttttt.....korang jom tengok web ni..ada jualan lah...best..

http://promosi2u.blogspot.com

13 July 2009

Pergi Jua

Aku nak sambung sal keputusan aku nak pergi atau tak ke kelas shah alam ritu.Aku ambil keputusan nekad dan restu suami untuk pergi jugak ke shah alam. Alhamdulilah aiman dan sihat jugak sblm aku pergi ke shah alam.Dlam berat hati nak tinggal kan aiman aku gagah kan juga hati...tp dlm ingatan sentiasa pk kan anak.Pertama kali aku tinggal kan aiman.Alhamdulliah semua berjalan dengan lancar.Allah tu kan maya mengetahui dan memahami dan membantu umatnya...

Aku jugak nk cerita pengalaman aku untuk kali pertama nak ke shah alam dgn berdikari sendiri.My love tak dapat hantar aku ke bus stand larkin sebab dia juga ada kelas sampai malam.Nak tingalkan kerata di larkin risau hilang dan bahaya untuk aku jugak nanti.So aku decide tingal kereta di Bus stand P.gudang supaya senang nanti my love nak ambil kereta.Aku lak naik bus lompat lah ke larkin.Di sebabkan ni kali pertama aku naik bus y bayar tiket guna mesin.Aku ingat mesin tu cangih la benor.....aku ingat bila masuk duit mesin tu tahu berapa aku dh masukan duit...sangkaan aku tu salah...adoi!!! malu gila aku waktu tu...tahu tak pe jd.Aku tanya la driver bus ke larkin berapa..dia ckp RM5.40. aku pun masuk kan la duit 5 sekeping dan syiling 10sen 4 keping.Pastu aku tanya la..cukup tak...Boleh dia marah aku..."awak yang masuk awak la kira" Aku pun tergamam la...aku intai belakang mesin tu...upanya dia bukan auto kira...dah dia marah cam tu..aku ckp lah..dah msk 5.40..baru dia print tiket bg kat aku. Malu aku rasa...Cuba bg tahu elok.....aku terpk jugak..kalau org masuk tak cukup cam mana.dia tahu ke tak.Ni kne jujur dgn diri sendiri lah.Kesimpulan nye.....Budi bahasakan budaya kita.... : )

10 July 2009

Jiwa Kacau

Dari semalam jiwa betul2 kacau.Esok aku nk ke shah alam.Esok juga buat pertama kali nk tingal anak dgn org lain.Aiman lak belum baik habis.Tapi nampak makin baik.Doaku moga aiman baik sepenuhnya hari ni.Hari ni makin jiwa tak tenteram.Aku belum lg nk buat keputusan cam mana.Adakah aku pergi jugak kelas tu..Tingalkan aiman dgn pengasuh.Dalam keadaan aiman sekarang pergi kelas pun tak tenang. Atau aku tanguhkan pelajaran aku.Tanguh..dgn sapa aku nk rujuk....lulus ke permohonan aku...belum apa2 lagi dah nak tanguh.Sedangkan nk tukar kos pun kena marah & perli dgn org2 tu....nk drop subjek pun layan tak layan.ni nak tanguh sem cam mana lak.Dengan sapa harus aku rujuk utk tanguh sem ni.Atau aku tak pergi kelas.Kalau tak pergi...cam mana nk kenal member.kalau ada asigment aku dh ketingalan..no group.kalau ada kuiz.aku dah kurang markah.Tambahan pulak ni kelas pertama.Penting bagi aku utk kenal member..pastu kalau tak dpt datang boleh tanya member.Apa harus aku lakukan....My love pun ada kelas so tak dpt jaga aiman.Jiwa betul2 kacau nk tingal kan anak dan suami.Apa keputusan aku kena buat.

08 July 2009

Aiman Demam Campak

Aiman sejak akhir2 ni sakit...sian dia...sedih aku tengok dia. Pergi keje pun hati tak senang. Pulak sekarang musim banyak penyakit tiba.Menambahkan gusar dijiwa.Dah hampir sebulan aiman bergilir2 sakit datang.

Sebalum aku daftar hari tu aiman dah kena batuk. Balik dari daftar pulak aiman selsema.Tiga hari baru baik.Selang dua hari dari baik selsema.Demam menjelma pulak.Time aiman demam amat lah aku risau. Suhu badan aiman mencecah 39.2 walaupun dah makan ubat. Aku dgn my love mencari klinik merata2..risau dgn suhu badan yang tinggi tu.Kami cari klinik dari kul 4 sampai kul 7 baru jumpa klinik. Klinik banyak tutup hari tu...mungkin sebab petang kot. Dah jumpa klinik yang bukak...dah dokter kul 7 baru ada.Pergi lagi cari klinik lain.Kami cari dari pasir gudang sampai la ke johor jaya baru jumpa y doktor ada. Dah dapat nasihat dari doktor baru senang hati. Selang sejam aku akan basahkan aiman dgn tuala basah nak bagi suhu badan turun.Alhamdullilah esoknye panas badan dia tak tinggi lagi. Dekat 4 hari baru baik.Lega hati aiman dah baik.Tiba2 selang dua hari demam campak pulak.Sedih hati tengok aiman dalam sakit.mata kuyu je....diam2 air mata aku jatuh jugak akhirnya.Demam campak menambah kan gusar di hati aku.Dengan sapa nk mintak tolong nak tanya....

Pergi klinik kanak2 dapatkan rawatan dan nasihat.Petang my love cari kelapa muda.Balik rumah pulak mintak daun mabu kat aci sebelah rumah.Alhamdulliah ada juga daun tu.Aku teringat mak aku mandikan aku dulu guna daun tu.Aci tu pun bagi petua cara india.letak daun pada cadar dia tidur lapik dgn kain. So akan kucuba.

Hti belah bagi sebab sabtu ni aku akan ke shah alam naik bus.Aku ada kelas...my love pun ada kelas.Aiman akan di tingalkan pada pengasuhnya.Sedih hati nak tingal aiman.Tambah lak aiman skrg tegah demam campak.erm....nak pergi ke tak kelas tu....cam mana nak buat.sana cita2 ku.sini tangungajawap dan kesayangan ku.Aku masih belah bahagi.pergi @ tak.Tak pergi apa kesanye ye....erm.....korang doa2 kan aiman cepat sembuh ye......thank.

26 June 2009

Jalan2 Di Sarang Buaya P.Gudang









Tu lah Buaya2 nye......
Lagi Buaya kat belakang My Love



Belakang tu nampak tak anak2 buaya.kecik je...




Panas...aiman pakai topi...gigit jari..




My Love dukung Aiman, Opah Mertuaku & Mak Mertuaku


Nampak Kapal Terbang tak.....Kat situ leh nampak Kapal terbang turun...nice view

Orang Baru Dalam Keluarga Ku

Semalam Pagi aku dpt msg dr abg iparku suami kepada kakak ku y sulung. Msg tu menyejutkan dan mengembirakan. Alhamdulliah semua selamat.Kakak ku selamat melahirkan putere ke 2 nya semalam dgn cara pembedahan. Kakak ku mmg pilih tarikh 25 mungkin sebab nak sama tarikh dengan anak sulungnya kot. So sekarang cucu mak tok dan wan (ayah dan ibuku) ada 6 lah...3 lelaki 3 perempuan. Dua tahun ni mak dan ayah ku dpt 2 cucu lelaki. Dulu Ramai cucu perempuan.Ni yang buat aku terseyum sorg2..tahu tak kenapa...kakak aku no 2 dah lama nk anak lelaki, siap dah ada nama lagi. Sekarang anak dia ada 3.semua heroin belaka.
Then bila lah aku dpt balik kampung tgk anak buah baru ni...adoi!!!...ni lah mslh aku....kekangan masa dan perjalanan yang jauh.Tgh dok belek2 kelender dgn jadual kelas aku & jadual kelas my love.Dok tengok time mana free leh balik tengok anak buah baru.
p/s : Taniah buat kakak ku y sulung melahirkan baby boy baru. Baby boy....selamat datang ke family yang penuh kasih sayang....ngeh...ngeh... : )

23 June 2009

Demam & Jadual Pack

Balik dr pendaftaran trs demam....bukan takat demam je..selsema & batuk sekali.Aiman lak selsema jugak...sian anak ibu.dah dua hari tak baik selsema ni.Isnin dapat mc 1 hari.Esok tak baik jugak g jumpa doktor lg sekali.Kat office lak mak aiiii....air condnye....sejuk giler...boleh beku.cam mana selsema nk baik.Aku risau penyakit y melanda baru2 ni je....daftar tu dh jumpa bnyk org...doa2 lah aku dijahui penyakit y seram tu.Doa juga aiman cepat baik.Aiman 2 ,3 hari ni najis keras lak....nasi aku bg tak cukup lembut kot.Bertambah risau aku kat aiman.
Biasa la dah daftar akan dpt jadual kelas...aku dgn my love plan awal nk balik ipoh cuti merdeka ni...31 ogos.Tp kene cancel.My love ada kelas.Than plan B balik cuti 1 ramadhan. Tp aku pulak ada kelas.Then how????? Bulan 12 lak cu aku nk buat kenduri kawin.bulan 12 jugak aku ada sesi outdoor photografi.Then rombak balik jadual.Hope y tu tak ada masalah.Yang paling frust nak balik ipoh tak ada masa.Jadul pack.Time aku free my love lak ada kelas.time my love free aku plak ada kelas.Cam mana??.My Best friend kawin nampaknye tak leh dtg...hajat hati nk sgt tengok dia naik pelamin.Tunggu dan lihat je lah..dapat dtg atau tak....tahun depan cam mana pulak jadualnya....erm....

20 June 2009

Salamat Hari Bapa

Sempena hari bapa besok nk buat apa yek.Esok ayh aku ada dgn aku.Beter bg kad.Ayah aku ni garang orgnye.Birthday dia pun kek2 dia tak berkenan...hari lahir pun dia tak ingat.Selalu kami wish je..kdg2beli hadiah...kalau bg baju ke..seluar ke....susah sikit..ayah aku ada citarasanye tersendiri.Abah kami susah nk bg respon sikit bab2 celebrate2 ni.Cam mana pun kami still ingat and wish.
Then sempena hari bapa besok bg kad lah.Menjelang hari bapa ni kdg sedih pun ada.Banyak benda dan kenagan dgn abah.Serba sedikit tentang aku dan abah.Antara anak2 yang lain..aku paling lama dok betul2 dgn abah dan mak. Y lain bnyk di asrama.Abah dgn aku dulu selalu berulang dr ipoh ke felda lasah sama2.Aku y selalu naik kete putih abah tu(kete lama tu).Ringkas kata aku je ank y abah akan ambil dan hantar ke sekolah.Aku jugak y abah selalu marah dan aku jugak y selalu lawan ckp dgn abah.Anak lain belum lagi.(banyak jugak dose aku dgn abh)Aku jugak pnh tengok air mata sorg ayah(sedih part ni).Abah ni walau garang2 kadg2 nampak cam tak syg anak(nampak je...)tapi sendiri akan dpt rasa abah syg anak2 bila dia ambil thu sal anak2 dr ank y lain.Abah dulu suh nasihat adik suh aku.Nak tnya sal kakak dan abg aku pun kdg2 tnya aku jugak.Ye lah dah aku dok lama dgn abah.Terasa cam anak kesayangan abh lak.Seumur hidup aku..abah tak pernah ucap happy birthday @ taniah sbrg kejayaan aku buat ( ada ke kejayaan aku buat..ahaks..)Tapi bila aku dh kawin ada sekali abah hantar sms ucap happy birthday.Terharu sunguh...juga pernah jugak sekali abah ucap tanih masa SPM..tapi pas tu kena bambu balik.
To abah..teh sayang abah walau tak pernah ckp.....Thank for all...tak terucap oleh kata2.Selamat Hari Abah dan panjang umur juga sihat2 selalu.

Aiman Tumbuh Gigi

Saje nk ckp....aiman dh tumbuh gigi......yaeeeeeeee...mak dia lak suka.Aiman skrg dh tujuh bulan lebih.Dah Pandai meniarap...belum merangkak.Dan thu suka tak suka.Dah thu marah,gelak dgn main2 brg y digantung2.Alhamdulilah...aiman tumbuh gigi tak ragam atau demam.Cuma suka gigit2 je.Kalu dapat gigit...uish...ta lepas2.Tak Sabar nak tunggu aiman makin membesar dan pandai itu ini.Seronoknye ada anak sendiri.Penat semua hilang bila tengok aiman senyum.Mak mertua ku dah mintak tambah sorg lg..mintak baby girl lak tu...heeee..dari sapa lg nk dpt cucu kalau tak dr anaknye yang tungal suamiku itu....sabar ye mama.Skrg tengah fokus lain dulu.Senyum sokmo la tiap kali ditanya soalan tu tiap kali.

Emas Dan Aku

Emas dan wanita ni selalu tak leh pisah.....wanita mmg suka brg kemas.Suka beli brg kemas pun wanita gak.sapa lg dak...sinonim wanita dgn emas. Kawin pun kene bg emas.Kalau aku lak..anti emas pulak.Sebelum kawin pun pakai 1 je y halus..tengok pun tak nampak.Dah kawin pun..di awal perkahwinan je..tu pun cbb my love bising....masa kawin my mum bising pakai.Duit mas kawin pun beli emas jugak..gelang.Tp skrg..semua barang kemas tak pakai..simpan mana pun aku lupa...heeeeeeeeee....my love y thu simpan mna.Aku pakai g kenduri je....nti klu tak pakai my love ckp org kata dia tak bg apa2 kat isteri lak.Then pakai lah jugak.Pas tu simpan buat pekasam.My love lak y beria2 surh aku pki g keje ke..jln2 ke...tp tak jugak aku pakai.My love ckp..cam mana org nk thu awk dah kawin lum..cincin satu pun tak pakai.Jwpn aku..runsing paki.
My love ckp dpt bonus nk beli lg emas kat aku...jwpn aku buang duit je...ha...garu2 kepala. Baik la beli benda lain kat aku.Aku sebenarnye trauma pakai brg kemas ni....kecik2 dulu asal aku pakai rentai je mst putus...rantai kakak2 aku..klu putus tu cbb aku lah.rantai aku pun pts jugak.Umur aku 20 thn aku beli rantai baru pun putus jugak.Aku rasa ems tak serasi dgn aku.Then menambah trauma aku lagi.Mak aku bg aku paki gelang kakak aku.Gelang tu kakak aku beli duit mas kawn dia.Mak aku suh pakai masa ku br kawin ri tu..tak nk nampak tgk kosong dh kawin konon nye...sekali aku g toilet....keting2...keting.....gelang tu jatuh dlm lubang jamban...dah la lubang tu jenis dalam..dh tak nampak.Uhuk2...Sampai skrg aku tak ganti lg gelang tu..... (kalau ada rezeki lebih raya nanti teh ganti balik ye kak ela...teh ingat gelang tu bukan lupa....heeeee )
So beter aku tak yah pakai apa2 barang kemas..teringin pun tak.....ahaks....

Pinjaman PTPTN

Aku rasa ramai student akan buat loan ptptn kan.Masa dapat pinjaman tu bukan main lg seronok kan.Termasuklah aku.Dulu dpt je pinjaman...dlm kepala dh mcm pk nk beli apa....beli lap top lah..radio la..hanset tak ketingalan...emas pun jugak.Ringkas kata cukup 3 bulan mmg licin loan.pas tu biasiswa PA&MA la pulak...PA&MA tu sapa lg kalau bukan mak dan ayah tercinta.Tiap Kali mintak duit...soalan y akan ditanya PA&MA...mana duit ptptn kamu..habis dah....hheeee..senyum kambing je lah.
Tiba masa lak nak bayar pinjaman....ramai gak y ngelat nk bayar...ada y lari..ada y buat tak thu.Aku rajin bayar...kdg2 mis jugak 2 ,3 bulan sebab x ckp modal...dulu berenti byr sebab nk kumpul kawin....sekali tgk penyata ptptn...6 bulan aku x bayar dah lebih dr poko...adoi....sakit mata tgk penyata...dh kawin sambung balik bayar...ni pun dh mis 1 bulan tak byr...aku sakit jiwa tul klu tengok penyata...tiap2 bulan mst ada kos pentadbiran konon...bukan sikit...kos tu y buat pokok naik....sebulan tak bayar naik 40+..kalau byar RM50 sbln alamat lambat habis.Aku rajin tgk penyata sebab klu tak tgk aku tak byr.Utang kene bayar o....utang bawak mati tau.Waktu pinjam dulu tak ingat.Nak bayar baru thu sakit.dah lak tu tak leh potong gaji..auto debit charge RM5...larat la....klu setahun dh berapa.
Korang y nk pinjam tu pandai2 la guna duit tu......Tuan PTPTN sory la yek...dua bulan ni aku x byr....dh kering bayr yuran aku stdy lg...yuran hubby lg..bnyk utang la.Nk pinjam PTPTN lg buat sambung belajar ni lehh...he....(tambah utang lg...urgh..tak sangup )

Esok penuh debaran..

Erm...esok hari daftar aku pulak....hari ni pas keje siap ke shah alam plak....debaran terasa...dlm kepala mcm2 pk....anak,suami,keje....erm...betul ke aku ni....betul ke kptsn aku buat nk sambung ni....banyak pegorbanan nk kena buat...memerlukan kekuatan minda dan fizikal...heeee....y penting esok ni...dokumen2 dah lengkap....jalan tak thu lagi..penginapan dh setel...daftar ni y isau...cm masuk darjah 1 lak rase..sebenarnye...dalam pkran lebih pikir anak.persoalan y melanda jiwa.....cam ne aiman nti aku g daftar..nak ke dia dok dgn mak ayh aku dulu...tak nagis ke dia....selesa ke dia...cam mana kels2 akan dtg...jiwa kacau tiap kali nk tinggal anak.Hope semua ok.

12 June 2009

Cuti2 org utara

aku ada cita my family nk dtg johor...dorg sampai umh aku hari jumaat dan balik hari ahad...Petang jumaat kakak aku mencari pasar malam...dia g dgn husband dia je...anak dia ku bawak main kat taman...jauh jugak kakak aku g pasar malam.Sampai ke teberau nun...aku dok kat kg psr putih.Ngidam makan kot...kakak aku pun mmg jalan2 cari makan.

Hari sabtu : Makan pagi bihun gorong....sedap...tahu tak sapa masak...erm...mstlah insan teristimewa.sapa lg kalau bukan my mum....aku ni bab masak..ahaks..then tengah hari kakak aku g skudai jumpa kawan dia. Aku la g kenduri kwn my love.So y lain kat umh dulu.Mak aku tgh sibuk2 masak utk mkn malam ada tetamu khasiaitu adik mak aku dan fmly nye.Anak buah aku ikhwan dgn husna dah tanya banyak kali kat aku..."mak teh nak pergi zoo" aku kata petang sikit nti panas.Ikwan nak tengok harimau..husna nak tengok gajah.Then pas aku balik kenduri..semua siap2 nak g zoo.Pegi zoo ni yang best 2 orang je..yang masuk 4 dewasa 2 kanak2.adik dgn abag aku y bawah 2 ank buah aku ni jln habis2 kat dlm zoo.aku,my love aiman dgn mak aku dh rehat kat pondok..sian aiman panas tu...pastu kami g ke dangga bay lak...naik keretapinye..una ikhwan main lukis2 kat situ.pastu balik2......kakak aku sempat lagi g cari makan soto & laksa joho.Malam layan tetamu...

Hari Ahad : Makan pagi nasi goreng. Tengah hari kami ke kaedai tepi laut. kat kg pasir putih...org kata kalau dtg kg pasir putih tak lengkap akalu tak pergi kedai makan rahmat..pekena ikan siakap goreng dgn udang..perh..best..so sesuai la dgn misi kakak aku jln2 cari makan. Then di kedai tu jugak kami sampaikan salam...kos dorg dh nak balik.Biasa la..tiap kali jumpa fmly part paling sedih bila salam dgn mak..tp under kontrol.heeeee

Pendaftaran

Bulan ni aku dgn my love akan membuat pendaftaran belajar. Leceh tul nak isi borang2 ni.....my love punya borang lg leceh...nk kene mati stamp lah..nk saksi lah..borang pun bnyk gak. 13hb my love nye pendaftaran. 21hb lak aku..selang siminggu je....my love kat skudai aku lak kat shah alam..so bnyk lah gak nk prepare.

Harap hari pendataran berjalan dgn lancar.My love dh makin berdebar sebab esok dia akan mendaftar diri.Perancangan awal kami akan tdo hotel kat erea sana walau pun dr rumah tak la jauh mana.sejam je berulang. Mak mertua ku pun ada join sekali esok untuk meriah kan hari pendaftaran my love....heeeeeeee

Then minggu depan aku pulak. Part aku susah sikit lah...nk kene pk aiman ni...so aku inport mak aku tuk jaga aiman sementra aku daftar dah melalui sesi2 pendaftaran. Aku dh sewa home stay dekat2 tempat aku nk daftar...maklum la..aku dgn my love ni mmg fobia jln2 kat selangor dgn kl ni...sosat kang...lg susah..di tambah lg kalau aiman dh nagis2...boleh pecah otak o....tensiiiii

Doakan aku dgn my love menjalani kehidupan dgn penuh kesabaran dan diredoi sbg husband&wife , mother& father juga sebagai student.Moga berjaya utk aku dgn my love...caiyok2...

02 June 2009

Dari Utara Ke Selatan

Tak sabar nak tunggu 5 jun ni.....erm....very happy sgt2....tahu tak nape? 6jun kan cuti.tapi bukan cuti tu yang aku nantikan.Orang dari utara nk ke sini.Mestilah My family y nak datang ke JB ni. Tp kakak aku no2 tak dpt dtg...kakak aku y sulung tgh sarat mengandung pun nk dtg jugak.dh nak bersalin awal bulan 7 tu...leh lg jln jauh2...jgn bersalin awal dah cam aku...(sonok nk dpt anak buah baru)Kedatangan mereka amat aku nanti kan dr sejak aku berada di JB lg.Rindu kat fmly pun berkurang lah sikit.

Aku dah beli langsir time offer kat Jakel ritu....skrg tgh cari2 nk hantar tempah nk jahit lak.So borak2 dgn mak aku....tersenyum lebar lah aku bila mak ckp dia akan jahit langsir aku tu...cuma kening dia aku kene anta tempah la...mak aku tak pandai nk desing2 kening dia...Mslhnye lak Mesih jahit mana nk cari..Mak ckp dia bwk...heeeeeeeee...best2...mak aku skrg tgh suke jahit menjahit ni..sejak ada mesin jahit baru ni.Tapi anak nye..sorg pun tak suke...heeeee...kami senang beli siap je..ahak...mmg tak tumpah kuah ke nasi lak.

erm....Mana nak bwk dorg ni yek...aku pun tak thu sgt apa y menarik kat sini....pastu nak masak pe yek...nanti Fmly Cik Nur aku pun nk dtg...erm....so barang dapur kene ada lengkap ni...(nampak sgt jarang masak)Nasib mak sendiri y dtg..tak kisah sgt..dah masak sgt dgn perangai anaknye y satu ni...kalau mak mertua dtg...kelam kabut jugak...ahaks...

Sesekali org utara ke selatan best jugak.....Hitung hari lagi lah ni...

Lagu BENCINTA

Aku Suka Lagu dan Liriknya

Benchinta Faizal Tahir
Benarkan ku ‘tuk berbicara…
Bicara terus ke hati mu..
Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu
Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu
Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?
Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu
Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci… Kamu
Ku cinta… Kamu

Lagu Dan Kami ??

Sekarang musim kami suka tengok rancangan Jangan Lupa Lirik kat astro.Buat masa ni kami tak ketingalan lagi setiap kali siaran ni ti tanyang kan. Mingu Lepas hari ahad y ada girl dpt 25k tu...dia dapat lagu Cinta Gila dari Juliana Bonus...lagu lama ni..My love dgn aku pun sama2 nyanyi suke2..tengah2 nyanyi kami gelak sama2..sebab liriknya cam terkena je kat batang idung kami...tp tak sumua la...Haaaa..dikenang2 balik mmg nk ketawa.Aku seorang y agak nakal jugak..tak pandai setia jugak la dulu2....My love lak glamor dgn Skema nye...budak baiknye..budak bukunye...mmg jauh berbeza perangai kami. TP dia lah jodohku...wlupun skrg pun msh berbeza tp msh bahagia. Y membuatkan kami kekal lama kerana CINTA.then bila dgn lirik cinta gila ni kami gelak la.....haaaaaaaa..my love ckp cam terkena je...pe lg aku pun gelak sama lah...Ni Lirik lagunya...

Ku ke kiri kau ke kanan
Ku di belakang kau dihadapan
Bila ku marah engkau ketawa
Dengan selamba engkau berkata
Kita berdua jauh berbeza
Langit dan bumi tapi serasi
Ku cintaimu kau cintaiku
Itu saja yang perlu kau ku tahu

Kuharap bicara cinta
Kau cerita tentang bola
Ku ingin bersiar-siar
Dikau baca surat khabar
Bila ku terus keluar
Kau tertidur tidak sedar
Ku pulang rumah jam tiga
Kau pula cemburu buta

Sepelik-pelik manusiaOh!
Dikau mengatasinya
Dan mungkin ku juga gila
Kerana masih bersama
Tapi mungkin kerna itu
Ku tertarik kepadamu
Biarlah orang mengata
Cinta kita cinta gila

27 May 2009

Sahabat

Ketika Sahabat Melukai Mu Tulislah Atas Pasir
Agar Terhapus Oleh Angin
Tp Kebaikan Terjadi Pahatlah Atas Batu
Agar Tidak Terhapus Oleh Apapa Pun
Dan Tak Kan Hilang Sampai Bila2.

Jika Suatu Hari
Entah Besok,Lusa,Sekarang
Aku Tak Bernafas Lagi
Ketahuilah !
Antara Hadiah Terindah Y pernah Ku Miliki
Mengenalmu & menjadi Sahabatmu.

Tika Sahabat Melupakan Kita
Doa lah Kebahagianya
Tika Sahabat Menjauhi
Biarkan Ia Berlalu Pergi
Tika Sahabat Mencari Mu
Tolanglah Semampu Mu
Kerana Kita Juga Manusia
Tak Lari Dari Kesilapan

21 May 2009

Ibu Masak Khas Utk Aiman

Aku tak sampai hati tengok aiman mkn nestum...patutnye aku buat sendiri..tp ragu2 takut aiman sembelit...sedih tiap kali suap aiman dgn nestum...then aku pun cari sikit2 maklumat dlm internet...banyak jugak tp msh kurang pasti..alhamdulliah kak shada sudi kongsi ilmu dgn aku..kak shada citer cam mana nk buar bubur nasi dan paling best bubur tu tahan lama..tak yah msk hari2.Thank you kak shada for u info.

So semalam aku mintak balik awal..semata2 nak msk bubur utk aiman...aku balik singah tesco beli beras merah...beras merah sgt berkhasiat utk bayi dan berselera bila bayi makan.Cara2 masak bubur nasi beras merah utk bayi anda:

1. Beras merah tu basuh dulu (sukatan beras ikut keperluan hari kerja )
2. Tos kan beras y dibasuh tadi
3. Blend kering supaya senang nk masak
4. Beras td masuk dlm periuk sekali dgn air...mcm biasalah..mcm buat bubur nasi
5. Reneh sampai la masak....tak perlu tambah apa perasa.Kecuali perasa kasih syg : )
6. Dh masak..tunggu sejuk..masukan dlm bekas2 kecil ( bekas dadih pun boleh )
7. Simpan dlm peti sejuk beku.
Senang kan.....bila nk guna rendah dlu dlm air sejuk..then panaskan..dh suam2 boleh disuap makan..lupa lak..ni utk bayi 6 bulan y baru nk belajar makan...kalau dh masuk 7 bulan ke atas lain pulak.kene pelbagaikan.Cara2 ni kak shada y bg tahu.aku dh cuba..mmg senang.So pagi2 aku ambil 2 bekas bubur td bg kat pengasuh..semingu sekali je msk.Lepas ni aiman tak perlu lg mkn nestum k....ibu masak khas utk aiman.Selamat mencuba.
p/s : pas ni nak try epal merah kukus plak.....

19 May 2009

Angan2 ku dari dulu....

Hari ni rajin lak aku up date blog......nampak benor tak ada keje kat opis....2 ,3 hri ni aku jumpa ramai kenalan y jd suri rumah...jelos nye aku....sbnrnye...mmg azam aku dr aku stdy kat poli...aku selau wat lawak dgn rakan2 seperjuangan..cita2 aku nk jd surirumah y ada diploma....haaaaaaaaaa...tp mmg itulah dihati y msh ragu2 sama ada ye @ tak nk jd surirumah.Aku nk jdi suri rumah tp aku nak jd suri rumah y punya ilmu...tak slah rasenye bg aku wlupun aku ambil degree sekalipun tp aku hanya jd suri rumah...aku angan2 nk jd surirumah tp aku nk ada income di rumah....aku tak nak dok rumah y x ada income...why aku nk jd suri rumah...aku nak anak2 aku membesar depan mata aku...hasil dr didikan akau....full dr aku dan my love...then klu jd apa2 pun biar depan aku...y aku takut klu dia lbh sygkan pengasuh...aku nk jd org pertama tgk anak aku meniarap..berjalan merangkak..aku nk jd org pertama suap dia makan...all lah aku nk jd org pertama dlm live anak aku.Aku nk jd isteri y suami balik aku ada di rumah..dh siap masak...pakaidan mkn lbh terurus. Tp bila aku nak capai angan2 aku tu.After kawin mmg plan nk jd suri rumah...my love tak kisah...tp mak aku ckp marah..sebab aku ada sijil..dh habis duit utk dpt sijil..aku dh belajar selama bertahun2 dari umur 4thn...ada betul jugak...ada jugak rakan2 ku ckp pk baik2 utk masa depan...kalau jodoh separuh jln dan isteri tak berkerja dgn apa nk cari pendapatan(mintak jauh dr tu...tp kalau takdirku bermadu aku reda)...itu buat aku 50% nk jd surisurah...tp skrg aku dah ada anak....aku nk jaga sendiri...tp bila aku nk bermula...aku kene pkkan sesuatu utk jdkan angan2 ku realiti....aku kena pk buat apa kt rumah dpt income sambil jaga ank dan suami.

Jiwaku Masih Disana....

Tajuk jiwang giler.....heeeee....dah 1thn 5bln aku di johor.Tp hati ni cam tak leh terima aku disini....selalu ingat kat kampung...ingat mak..ingat abah..anak buah..fmly2 kat ipoh. Adik & abg aku jauh pun di Kuala Lumpur je...tp aku jauh di hujung malaysia..argh...nak balik ipoh mmg susah sikit..nak ambil cuti lama...paling kurang pun kene ambil 3 hari...nti bos ckp pe lak kan..dok cuti panjang je...hari2 ingat kampung..sedih tiap kali tgk gambar2 family berkumpul..mst gambar aku tak ada..kalau fmly aku sambut apa2 majlis pun..majlis birthday ke..hari ibu ke..hari bapa ke...apa2 lah...aku y x ada...sedih o....leh kata kan kerap jugak fon ipoh...nk thu dorg buat apa..mak aku sihat ke tak..ayah aku sihat ke tak.kadang2 rasa badan je kat johor.Cm sesorang je kat sni...mylove mmg ada...dia lah pengubat klu ingat kg.Hati memberontak nk balik..tiap2 hari tengok kelender bila leh balik ipoh.

Aku tak pernah jauh dr famly.....tambah2 dgn mak ayah aku....apa y jd dlm keluarga aku...leh dikatakan 90% aku thu berbanding adik beradik lain...coz..aku y duduk dgn mak aku dr kecik...masuk asrama pun 1thn lebih je...sbg belajar pas spm pun dok ipoh gak..dok umh sewa pun..minggu2 balik umh jugak..kdg2 selang 2,3 hari balik rumah..sebab kat ipoh jugak umh sewa...berbanding adik beradik aku..banyak duduk dekat asrama..duk dgn mak tok...aku je y dok bwh ketiak mak memanjang.Bila kawin kene ikut suami keje kat hujung m,sia...mmg 1 impak y besar bg aku nak jauh dr mak.....mak!!!!!! teh rindu nak balik....nak jumpa mak..nak borak dgn mak...nk g shoping dgn mak.....RINDUUUUUUUUUUUUUUU


Time hari ibu.....


Cucu2 Mak & Ayah ku....aiman tiada dlm gambar...

Happy Birthday Atikah Nurhusna

Semalam hari jadi husna...kami pangil una je...sapa dia dgn aku....dia adalah anak kakak aku...dia cucu pertama mak & ayh aku...dia jugak rapat dgn aku...anak buah aku tak ramai..so mmg semu aju syg giler2...rindu dgn telatah dorg selalu.Balik cerita sal una...dulu waktu aku tgh tgk kek2 dlm internet..anak buah ku 2 org ada disebelah..una & ikwan...una pnh ckp nk birthday kek baby doll..ikwan lah nk kek for boy..kata dia....ikwan ni speeking bi je...melayu paham sikit2...sebelum 2 hari birthady una aku fon mak una...kakak aku lah..then kami pun bincang sal kek...kak aku ckp cari kek dora @ upin ipin lah...husna paling suka dora...so aku pun dgn pantas order kek kat PN NORA..NR Yummie so layan je lah gambar kek y aku ambil dr web NR YUMMIE..





ni gambar kat rumah mak aku...aku dpt dr kakak ku...maklum la aku jauh..so tgk gambar je lah...



Tarikh pada gambar tu silap....


Husna ready nk potong kek...mak dan ayah ku sibuk layan cucu2nye...


Ni keluargaku time birthday una....mana aku...kat johor lah...