21 August 2009

Kek Lagi......









Ni lah gambar kek yang aku order dari nr yummie blog....kek coklat moist.kek kegemaran aku.aku order time aku balik ipoh bulan lepas.Puas hati dapat makan kek.Tambah lak makan dengan si kecil di keliling.erm....yummie...yumie....sedap menjilat jari.Siap tapau bawak balik johor lagi...heeee

Sal kek coklat ni....aku dah rase jugak beberapa org buat kek coklat ni...tp yang paling melekat dgn cita rasa aku..ada dua org...kek dia y lembut...dgn moistnye...erm...marvelous lah....klu korang nak order kek coklat ni...yang dok ipoh la....aku cadangkan sama ada di http://feenacakes.blogspot.com/ atau di http://nr-yummie.afzaiafandi.com/ kat johor ni aku belum lg jumpa y best. Ada sekali aku order kat johor ni lah ..nampak cantik giler..dia memang terow sal deco2 kek ni siap bukak kelas lagi.Tapi mak ai....kek dia keras..nak potong pun susah..rasa pun kureng....tp mungkin waktu dia buat kek kat aku terlebih tepung kot.Tp buat aku x nak order lagi.uhuk2.....

Berhenti Kerja

Sambungan kisah yang lalu.Bulan depan semingu sebelum raya aku dah masuk company baru.Last aku di company ni pun lagi 3 minggu.Aku nk berenti pun susah.Dugaan jugak nak berenti.First aku dipujuk oleh second bos.Siap offer gaji naik.Then alasan aku bukan kerana gaji.Kerana tak sangup lg kerja dgn my bos.Aku takut lepas ni dia akan tuduh aku apa2 lak.Aku tak nak ambil risiko tu.Then second bos pun ok lah....lepas kan aku.Bila bos aku dah tahu aku hantar surat berenti.Dia pulak jumpa aku.Tiga kali meeting dgn aku secara personal pujuk aku.Siap offer gaji lagi tinggi dr offer y aku dapat dr company baru.Ada lagi offer dia....nak tambahkan kerja aku kalau aku rasa boring dgn kerja sekarang.Macam2 dia pujuk aku.Aku dah bagi hint aku berenti bukan kerana jawatan ke.....gaji ke....tp tak suka dia.Tp dia ni tak paham2.Aku dah malas nak meeting banyak kali dengan dia nak pujuk2 aku.Time nak berenti bukan main lah.Dia ingat aku leh lupa dia tuduh aku.Senang2 suh aku maafkan.Ingat perkara kecil.Maruah aku tau.Last sekali meeting dengan bos dari singapore lak..benda yang sama jugak cakap.Masih pujuk aku.Nak naik gaji la..jawatan la...bg aku dah lewat tawaran itu semua.Yang aku tahu aku nk berenti dari bos aku.Bila bos dari singapore dok tanya why2....aku pun dah tak tahu nak ckp pe...gaji dia offer pun aku say no..jawatan pun aku say no....lagi aku tak ckp y sebenar lagi tu lah tak lepas aku.Last sekali aku pun ckp...aku dah tak nak kerja di bawah my bos becoz bla.....bla....then diorang pun akur dgn kehendak aku.Diorang pun thu my bos patern & peragai suku2 dia.Lega rasa..happy gile...heeeheee.Then sekarang aku tengah tunggu org dr site office utk aku ajar wat keje lak.Dia ni tak de basic.Sebab dia ni ISLAM,Melayu dan seorang ibu yang tengah megandung...so aku plan ajar la dari A-Z.Kalau org lain....jgn harap aku ajar penuh...pandai2 la....


Dah nak puasa besok...aku pun nak buka buku baru....Selamat Beramal Ibadah..Jom Lumba2 pg terawih.bye....

14 August 2009

Tabahkan Hati Ini

Bulan ni dugaan satu persatu dugaan datang.Tapi aku tak kesal.Aku cuba hadapi dengan redha.Dugaan paling getir aku rasa bulan ni kat pejabat.Dugaan betul2 mencabar keimanan ku.Ya ALLAH Kuat kan hatiku melalui dugaan mu yang kecil2 ini.Aku tahu KAU menguji ku ditahap kemampuan ku.Ya ALLAH kau kuatkan juga imanku.

8/8/09 tarikh y akan aku ingat dalam sejarah hidup ku apabila aku dituduh menceroboh ke dalam komputer my bos dan membuka maklumat sulit pejabat.Hati aku betul2 sakit marah kecewa.Pagi sabtu tu..tibe-tibe naik angin tanpa aku tahu puncanya.Hentak-telefon...tutup pintu kuat2...aku masih buat tak tahu.bagi aku mungkin ada msalah peribadi kot.Lagi pun satu office aku tahu dia tu memamng tiga suku(bukan aku y letak tp org2 office memang pangil dia 3 suku).Then datang tempat aku.Tanya dalam marah tanya aku ada tukar pasword komputer aku tak.aku jawab memang ada.komputer aku suka hati lah aku nk tukar ke tak.dlm komputer aku pun ada dokumen sulit gak.then dia suruh aku bagun dia nk tengok komputer aku.dari situ aku tahu dia marah aku tp aku tak thu kenapa.aku biarkan je...mungkin dia nk monopous kot atau dtg bulan.tapi lama-lama aku geram gak...ckp dgn aku pun dh tak ada adap sopan.aku tanya marah aku ke..dia ckp tak.dia marah seseorg.tak pe..aku sabar lg.Lama lepas tu dia fon bos kat singapore tp guna hanphone dan cakap kat bawah pejabat.naik atas masuk bilik air hempas pintu.Aku dah hangin satu badan.Aku ambil beg aku blah.dia fon aku tak angkat.kebetulan hari tu aku ada interview company lain..heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Petang aku dapat pangilan dari kawan pejabat aku.Dia cakap my bos report big bos aku tengok dokumen sulit dalam komputer dia.My big bos terkejut.Big bos tanya macam mana aku leh tahu sedangkan komputer dan dokumen semua ada pasword.cam mana aku leh tahu pasword.my bos cakap..RASA-RASAnya aku tahu(boleh tuduh2 main rase2).Kawan aku cakap my big bos memang tak percaya.Sebab gelaran tiga suku pun big bos y bagi.Aku adalah pembantu dia yang ke 4 sepanjang tujuh tahun dia berkerja di sini.Big bos kata isnin nanti aku datang bincang lagi.

Isnin pagi aku datang dengan hati yang panas....aku masuk pejabat tengok muka dia aku dah rasa mamat ni nak kena belasah dengan aku.dia tengok muka aku marah tak berani tegur..after 30 minit dia datang sebab aku dah pack semua barang aku.Dia nak cakap dengan aku..pandai lak kuar bahasa lembut.aku malas layan aku masuk bilik second big bos aku.aku kunci bilik.aku nk redakan marah aku.Ikut hati aku nak je baling cawan kaca aku kat muka dia.dah lama diaketuk bili.aku kasi lah masuk sebab aku nk dengar sendiri dari mulut dia tuduh aku.aku nak tanya apa sebab tuduh aku dan bukti.Tp tak cakap pulak.ayat pertama mintak maaf.then ckp dia tak marah aku hari sabtu tu.So kami meeting 4 orang.my second big bos,HR,my bos & aku.dia tak ngaku dia tuduh aku.padahal waktu dia ckp second big bos aku dengar.aku malas nak panjang2 cerita sebab dia tak ngaku.aku ckp okm setel....tapi aku sempat warning...jgn ingat aku perempuan, aku diam,aku layan je peragai dia...boleh tuduh aku x da bukti,boleh pijak2 kepala aku.Selang dua hari aku hantar surat berenti.Bagi aku bahaya kerja dengan dia.Tak mustahil dia akan tuduh aku benda lain pulak.Hasil siasatan kecil aku.Dulu pun pembantu dia..memang selalu kene tuduh macam2.So baik aku berenti..Tp tahan2 aku plak.nanti aku citer sal aku nak bernti dok pujuk2 aku jgn berenti.

06 August 2009

Balik Ipoh

Lama Tak UpDete blog ni...mana taknye...balik ipoh dua hari.....heeeeee...dah bersarang gak blog ni....Awal2 bulan aku ambil cuti balik ipoh.Pe lagi susah hati la bos aku.Dah macam cacing kepanasan.masuk hari ketiga bos dh fon aku suh balik keje...heeeee...Baru dia tahu.Aku Pun Satu..dah tahu keje banyak g cuti wat pe...Aku cuti sebab ada interview kat ipoh...Senang hati balik ipoh walaupun dlm kepala ni dok pk keje2 bertimbun2 atas meja.Lagi Senang hati balik ipoh dapat makan kek coklat...heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..siap bawak bekal ke johor lagi kek coklat tu.
Sal Balik Ipoh ni banyak gak nak story..story interview dalam sejaharah hidup ku.Nanti lah story...dah penat ni...rini baru sampai dari Ipoh...Esok dh nk bertungkus lumus siapkan keje.So nka rehatkan badan lak....byeeeee