02 September 2009

SMS Yang Mengejutkan.

Pada Isnin yang lalu...time cuti merdeka. Aku menerima SMS yang membuatkan aku hampir pitam.Aku kalau dirumah jarang nak dengar hanphone bunyi sebab aku pun kadang2 lupa kat mana aku letak handphone.Kadang2 aku tertingal dalam kerete.Tapi klu aku nak pergi jalan-jalan, tempat kerja atau selain dari rumah aku memang hanphone akan melekat dengan poket aku.Tapi sampai je rumah.erm....tah mana aku letak.Bila ambil je hanphone mesti ada 2,3 kali miscall.

Ceritanya pada isnin tu.Aku tengah masak didapur tetiba teringat nak fon kakak aku nak tanya resepi masakan (nak masak baru nak fon tanye..heeeee...)Bila aku ambil hanphone kat dalam kereta ada 1 SMS aku terima.Aku pun terus je baca SMS tu tanpa melihat sapa pengirimnye.SMS tu bertulis "MAK ABAH DAH SAMPAI HUKUM.AZAN ZOHOR TADI".Habis baca aku rasa darah dah naik kat atas...nak bernafas pun aku dah rasa susah.Dalam hati dah berkecamuk.Aku macam tak perchaya..aku masih belum sempat mintak maaf lagi.Aku duduk kat kerusi untuk menenagkan fikiran.Tapi aku masih belum melihat pengirimnye lagi.bila aku tengok pengirim SMS tu adalah bapa mertuaku rupanya yang nak beritahu mak kepada ayah mertuaku yang telah sampai hukum....Ya ALLAH Ya TUHAN KU.....leganya hati...bertapa nyesalnye aku tak baca sapa pengirimnye dahulu.Then baru aku beritahu kepada my love.Pengajaranye lain kali baca sapa pengirim sms dulu.Yang paling penting jgn tunggu raya baru nak mintak maaf kat parents kita.Akhir kata Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Juga TAKZIAH kepada keluarga bapa mertuaku.AL-FATIHAH