14 August 2009

Tabahkan Hati Ini

Bulan ni dugaan satu persatu dugaan datang.Tapi aku tak kesal.Aku cuba hadapi dengan redha.Dugaan paling getir aku rasa bulan ni kat pejabat.Dugaan betul2 mencabar keimanan ku.Ya ALLAH Kuat kan hatiku melalui dugaan mu yang kecil2 ini.Aku tahu KAU menguji ku ditahap kemampuan ku.Ya ALLAH kau kuatkan juga imanku.

8/8/09 tarikh y akan aku ingat dalam sejarah hidup ku apabila aku dituduh menceroboh ke dalam komputer my bos dan membuka maklumat sulit pejabat.Hati aku betul2 sakit marah kecewa.Pagi sabtu tu..tibe-tibe naik angin tanpa aku tahu puncanya.Hentak-telefon...tutup pintu kuat2...aku masih buat tak tahu.bagi aku mungkin ada msalah peribadi kot.Lagi pun satu office aku tahu dia tu memamng tiga suku(bukan aku y letak tp org2 office memang pangil dia 3 suku).Then datang tempat aku.Tanya dalam marah tanya aku ada tukar pasword komputer aku tak.aku jawab memang ada.komputer aku suka hati lah aku nk tukar ke tak.dlm komputer aku pun ada dokumen sulit gak.then dia suruh aku bagun dia nk tengok komputer aku.dari situ aku tahu dia marah aku tp aku tak thu kenapa.aku biarkan je...mungkin dia nk monopous kot atau dtg bulan.tapi lama-lama aku geram gak...ckp dgn aku pun dh tak ada adap sopan.aku tanya marah aku ke..dia ckp tak.dia marah seseorg.tak pe..aku sabar lg.Lama lepas tu dia fon bos kat singapore tp guna hanphone dan cakap kat bawah pejabat.naik atas masuk bilik air hempas pintu.Aku dah hangin satu badan.Aku ambil beg aku blah.dia fon aku tak angkat.kebetulan hari tu aku ada interview company lain..heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Petang aku dapat pangilan dari kawan pejabat aku.Dia cakap my bos report big bos aku tengok dokumen sulit dalam komputer dia.My big bos terkejut.Big bos tanya macam mana aku leh tahu sedangkan komputer dan dokumen semua ada pasword.cam mana aku leh tahu pasword.my bos cakap..RASA-RASAnya aku tahu(boleh tuduh2 main rase2).Kawan aku cakap my big bos memang tak percaya.Sebab gelaran tiga suku pun big bos y bagi.Aku adalah pembantu dia yang ke 4 sepanjang tujuh tahun dia berkerja di sini.Big bos kata isnin nanti aku datang bincang lagi.

Isnin pagi aku datang dengan hati yang panas....aku masuk pejabat tengok muka dia aku dah rasa mamat ni nak kena belasah dengan aku.dia tengok muka aku marah tak berani tegur..after 30 minit dia datang sebab aku dah pack semua barang aku.Dia nak cakap dengan aku..pandai lak kuar bahasa lembut.aku malas layan aku masuk bilik second big bos aku.aku kunci bilik.aku nk redakan marah aku.Ikut hati aku nak je baling cawan kaca aku kat muka dia.dah lama diaketuk bili.aku kasi lah masuk sebab aku nk dengar sendiri dari mulut dia tuduh aku.aku nak tanya apa sebab tuduh aku dan bukti.Tp tak cakap pulak.ayat pertama mintak maaf.then ckp dia tak marah aku hari sabtu tu.So kami meeting 4 orang.my second big bos,HR,my bos & aku.dia tak ngaku dia tuduh aku.padahal waktu dia ckp second big bos aku dengar.aku malas nak panjang2 cerita sebab dia tak ngaku.aku ckp okm setel....tapi aku sempat warning...jgn ingat aku perempuan, aku diam,aku layan je peragai dia...boleh tuduh aku x da bukti,boleh pijak2 kepala aku.Selang dua hari aku hantar surat berenti.Bagi aku bahaya kerja dengan dia.Tak mustahil dia akan tuduh aku benda lain pulak.Hasil siasatan kecil aku.Dulu pun pembantu dia..memang selalu kene tuduh macam2.So baik aku berenti..Tp tahan2 aku plak.nanti aku citer sal aku nak bernti dok pujuk2 aku jgn berenti.