29 September 2009

RAYA 2009










09 September 2009

Ngidam Makanan Perak.








Sebut sal ngidam mesti ingat sesuai untuk org megandung ken...heeeee..kakaka
Tapi aku bukan la ngidam.Tapi dah lama tak makan masakan perak.so teringin tahap gaban la....pergi cari kat bazar ramadhan tak ada.Bazar ramadan kat sini semua selera kelantan dan johor je.Kalau pergi bazar tu...ronda 2,3 kali pun tak tahu nak pilih makanan apa.Selalu yang aku pilih Laksa @ bubur.Aku mencari masakan tempoyak,pekasam,masak lemak cili api,pais ikan,rendang tok..apa2 je lah selera utara.Dah merata bazar aku cari.Tapi tak ada la...aku dah pesan dah kat mak aku simpan ikan pekasam.Lagi seminggu lebih je nak raya....yes2....tak sabar nak pergi bazar kat taman meru.Tengak gambar kat atas tu dah meleleh air liurku.Doakan perjalanan ku pulang ke kampung halamat dengan selamat.Doa ku juga untuk teman2 sekalian.

07 September 2009

Fluorida Membahayakan !!!!

APA ITU FLUORIDA?
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.



MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.



MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.



KES MAHKAMAH
Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.



PENYELIDIKAN AWAM
Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.
Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia."



AMARAN & PANDUAN
Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:


"WARNING: KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY."
/
“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”





FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:

- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit

BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!
Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.

SUMBER MAKLUMAT:
Panduan CAP, Bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik & Produk Kegunaan
www.fluoridealert.org

02 September 2009

SMS Yang Mengejutkan.

Pada Isnin yang lalu...time cuti merdeka. Aku menerima SMS yang membuatkan aku hampir pitam.Aku kalau dirumah jarang nak dengar hanphone bunyi sebab aku pun kadang2 lupa kat mana aku letak handphone.Kadang2 aku tertingal dalam kerete.Tapi klu aku nak pergi jalan-jalan, tempat kerja atau selain dari rumah aku memang hanphone akan melekat dengan poket aku.Tapi sampai je rumah.erm....tah mana aku letak.Bila ambil je hanphone mesti ada 2,3 kali miscall.

Ceritanya pada isnin tu.Aku tengah masak didapur tetiba teringat nak fon kakak aku nak tanya resepi masakan (nak masak baru nak fon tanye..heeeee...)Bila aku ambil hanphone kat dalam kereta ada 1 SMS aku terima.Aku pun terus je baca SMS tu tanpa melihat sapa pengirimnye.SMS tu bertulis "MAK ABAH DAH SAMPAI HUKUM.AZAN ZOHOR TADI".Habis baca aku rasa darah dah naik kat atas...nak bernafas pun aku dah rasa susah.Dalam hati dah berkecamuk.Aku macam tak perchaya..aku masih belum sempat mintak maaf lagi.Aku duduk kat kerusi untuk menenagkan fikiran.Tapi aku masih belum melihat pengirimnye lagi.bila aku tengok pengirim SMS tu adalah bapa mertuaku rupanya yang nak beritahu mak kepada ayah mertuaku yang telah sampai hukum....Ya ALLAH Ya TUHAN KU.....leganya hati...bertapa nyesalnye aku tak baca sapa pengirimnye dahulu.Then baru aku beritahu kepada my love.Pengajaranye lain kali baca sapa pengirim sms dulu.Yang paling penting jgn tunggu raya baru nak mintak maaf kat parents kita.Akhir kata Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Juga TAKZIAH kepada keluarga bapa mertuaku.AL-FATIHAH

01 September 2009

Si Kancil Akan Datang....

Hari ni ada dua berita yang aku terima.Satu Sedih satu happy sangat2. So cerita yang sad dulu lah.Aku rasa satu malaysia tahu kot....satu malaysia pun tengah merungut...sal apa lagi...minyak petrol naik la....Bila minyak naik..semua barang akan naik.Naik nak dekat raya lak tu.Confirm tiket naik mendadak.Kalau tahun lepas harga tiket JB - Ipoh boleh mencecah seratus lebih..tahun ni..tah la...mahu sampai 150 kot.So klu dua org dah dekan 300 tu.erm....baiklah aku balik naik kereta...harga lebih kurang je.So nak balik ni kena spend money lebih lah...klu tak raya kat JB je dgn my love..uwa.....uhuk2...sob..sob...tak sangup.




Then berita HAPPYnye.Pagi2 dapat pangilan dr abah.Abah dh beli MYVI so nak jual kancil.Bukan kancil y gambar kat atas tu.Kancil aku tu warna merah.Abah offer kat nak jual kat aku.Then tanpa pikir panjang jawapan aku pun yes la....kebetulan aku dgn my love pun ada gak merancang nk beli kancil tu kat abah.Kancil tu utk my love berulang ke tempat belajar dan nk g jln y dekat2 je..jimat minyak sikit.Selain tu kancil tu banyak memory.Bukan takat menyimpan memory aku je..juga memory kakak aku y sulung sebab tu kereta pertama dia.Wlu pun kereta tu dah mencecah 10 tahun (dah boleh masuk warga emas tu...) tapi perhikmatan dan value dia tinggi bagi aku.

Sedikit memory tentang kancil merah ni.Kancil tu keluaran tahun 1996.Sebelum kakak ku melanjutkan pelajaranye ke oversea kakak ku menjual pada ayahku.Walau pun kancil tu nama ayah ku..tapi aku guna cam hak aku.heeeee...Kanci tu yang aku bawa mula2 belajar kereta.Kancil tu jugak aku guna utk g belajar tahun akhir dulu.Kancil tu jugak aku angkut kawan2 umh sewa aku dulu.Penah sekali seramai tujuk org dlm kancil tu..cam sardin lm tin.Kancil tu gak aku dgn kwn2 aku g jalan malam2 ronda pekan ipoh tengok mak nyah....Yang paling penting....kancil tu gak yang selalu aku dgn my love g jenjalan waktu cintan cintun dulu.Kancil yang telah memudahkan aku berulang ke pulau pinang dulu time buat sijil pra persekolahan.Aku gak telah melaburkan money dgn kancil tu.Aku dah pasang alarm sistem.Aku pasang radio JVC.Terlalu banyak kenagan dengan kancil ni.Tak sabar menunggu kedatangan kancil ke johor ni. : )