16 April 2010

06 April 2010

dah lama tak berblog ni...mencari masa ke masa tak jumpa2.So ni ada kelapangan 10 ke 20 minit ni aku blog lah.Tapi nk cer apa.Banyak benda dah berlaku.Suka Duka masam manis macam2 lah.Biasalah lah kan nama pun kita ni ciptaany NYA.Sentiasa diuji itu dan ini utk menguji keimanan kita.Dalam diam2 pun aiman makin membesar dah mula macam kerenahnye.Paling menyeronokan bila nak ajar aiman berjalan.sekarang si kecil tu dah pandai jln berlari.Tapi bila la dia pandai nak pangil aku IBU.Dok pangil mama lah,ayah lah abah lah...nama ku jenuh ajar.dari suh pangil ibu ke mumy..tak jugak disebut2.yang dia sebut yumy2....macam2 mainan dibeli utk aiman.baju pun banyak di simpan sebab dah tak muat.Makan pun dah macam2.

Sekarang musim my love nak exzam.Adakalanya dia macam putus asa.Ye lah dugaan buat part time.keje,belajar, suami dan juga jd ayah....Sabar je lah my love k.nak susah sekejap je....demi masa depan bersama dan jugak anak2.Bulan depan short sem.Subjek pun x susah.Hope my love lulus dlm menempuh ujian ini.

Bulan depan abg ku akan melangsungkan perkahwinannye.Tak sabar gak aku nak dpt kakak ipar buat kali pertama.Pertama kali jugak kami akan melangsungkan perkahwinan utk belah lelaki.Makan kos tinggi gak yek sbg lelaki yang nak kawin.Kos Hantaran perempuan lagi.kos nak kenduri belh lelaki lg.erm.......time ni family lah y bnyk membantukan.itulah nmanye keluarga.bantu membantu.

Hati tak sedap nak menaip.Coz my love call ckp aiman kepala bengkak jatuh kot.Mungkin main2 dekat umh mamanye terjatuh kot.bye....

07 January 2010

Interview

Aku baruje balik dr interview.....interview kali ni amat mencabar gak.mungkin company ni besar kot.Staff majoriti melayu...staff pejabat 98% perempuan.Surau besar...so selesa nak solat tak cm tempat2 yang aku keje dulu dan sekarang.Tapi tak tahu la aku dapat ke tak.Doa2 kan lah dapat.Dah lama aku nak cari kerja y betul2 dgn apa y aku nak cari dlm kerja dang bidang aku.Interview hari ni hampir 2 jam....nasib aku sorg....ada bnyk sesi.isi form je dah lama.banyak sgt nak isi.butir adik beradik,mak ayah suami anak dan mcm2 lah.dah tu kene jawap soalan bertulis...aku lak lupa je.....dah lama tinggal....dah habis sesi tu....sesi computer lak 15 minit...pas tu baru jumpa dgn org nak interview...tanya itu ini dan balik.Soalan interview yang selalu di tanya kat aku.Boleh kerja lebih masa, kami kat sini selalu balik lambat.Jawapan ikhlas aku....boleh...tak ada masaalah...dlm hati berdoa gak..harap2 anak aku tu happy dgn pengasuh.tak aku susah hati.Alhamdullilah pengasuh aku takat hari ni boleh jaga aiman lebih masa.nak tingal sehari dua pun boleh.Aku sbg ibu aiman kadang2 risau gak..aiman nti bnyk dgn pengasuh dr dgn mak ayah dia.yang sekarang ni pun kalau sabtu balik tengahari klu aiman tdo pengasuh aiman suh balik dulu nanti petang baru ambil.uhuk2...sedih o.....tak leh ambil anak...Aiman dgn pegasuh manja bukan main lagi...sekarang dah pandai naik moto...klu petang nampak je abah(suami pengasuh) dia balik keje mst jln2 dulu naik moto.klu tak...melalak la aiman...aiman skrg dah mcm kerenah....tapi aku happy dn karenah2 aiman.Dia lah permata hati ayah dan ibu...ahak2....k lah nk g keje..ada masa baru menulis lagi.

02 January 2010

Azam ??? 2010

Oran dah nak habis cerita ceriti sal tahun baru azam baru....aku baru nak mula heeeee...masa yan tak ada.so masa yang ada ni kita gunakan.Azam tahun baru aku.....tahun lepas pun lum capai : ) so azam tu bersambung lah pada tahun ni.
Aku kurang selesa mengunakan perkataan AZAM.....tak best.....ia mengingatkan aku cerita ceriti tahun 2002 hingga tahun 2006.Mana dia hilang yek....apa status dia sekarang.erm....apa dikenang kisah lalu kan....heeeee...Semua ada hikhmahnye ada sebabnya kenapa ALLAH jodohhkan seseorang dgn seseorang.Allah tu kan maha mengetahui.aceh......uhuk2....cam pujuk hati sendiri lak...Aku bahagia sekarang..memang ada hikmahnye.heeeeeeAlamak...dah merepek ni...dah la...tak nak cerita sal azam ni dah.....lupakan kan...bukak cerita baru lah..buku baru...tahun pun dah baru,......

Tahun baru ni aku banyak kan masak dirumah.yang bestnye sekarang tengahari berkelah dgn my love.Balik kerje pas ambil aiman dan my love rehat dulu...pas solat magrib terus masak.....simple2 je....masak sekali dgn lauk aiman.mlm my love g kerja balik.so makan mlm kami kul 10...tgu my love balik kerja.Bangun pagi panas2 kan lauk malam tadi masukan dlm bekas.tengahari ambil my love kami g kat taman layang2 makan sama dgn bekal y aku bawak.ahks...tu lah rutin aku skng....kurangkan makan kedai dan makan fast food.My love ckp kena belajar susah.Susah2 dulu senang2 kemudian.Disebabkan itu utk klebaikan aku ikutkan...Tahun baru kena ada matlamat baru.Mula simpan utk anak.Pelaburan utk anak.Sikit2 lama2 jadi bukit.Semoga Allah permudahkan segala urusan ku.Amin....

24 December 2009

2nd Anivasaray & Kenduri Bulat






Minggu lepas kami balik kampung naik bus.Alhamdulliah aiman baik2 je dlm bus.Kami memang dah plan lama untuk balik kampung pada tarikh 17hb hingga 22hb.Tapi cuti aku lulus sampai 21 je.Jafual Balik kg pun penuh.First kenduri bulat.Juamaat Bulat akad nikah.Sabtu Kenduri belah perempuan.Ahad Belah lelaki.Belah Lelaki buat di rumah mak mertua ku.Masak sendiri...so my love so buzy hari sabtu dan ahad.Isnin hari yang paling di nantikan.Ahad my love tdo awal sikt sebab nk simpan tenaga untuk isnin.Pagi isnin bertolak ke tempat make up.janji kul 9 make up tapi mak andam lak lambat.nak dekat kul 1015 baru start make up...sian jurukamera aku tunggu lama.so sesi photo pun lambat.kami bermula jam 12 sampai petang jam 6 lebih tak silap.Non stop tangakp gambar.nak kejar masa.Kami bermula di gunung lang,tmn jepun,stesen kretapi,kek lok tong dan botani.Paginye masih bersemagat semua...masih bertenaga.Kami ada 5 org.My love,aku,adik ku,Putri Dan zul.Bila dah dekat stesen kretapi my love dah tak larat sbnrnye....maklumla..mlm tadi dia sakit perut...dgn x cukup rehat....sian dia...aku pujuk2 gak dia...bg semagat.tp my love ni tak pandai sorok muka penat.terserlah muka kepenatanye.nak senyum pun tak larat.heeee...Hope gambar jadi dgn baik.Bergambar ni utk celebrate ulang tahun perkahwinan ke dua tahun.plan next year klu ada modal panjang umur murah rezeki nk g melancong kat dlm malaysia je...destinasi x sure lagi.so layan je lah gambar ni yek...

28 November 2009

Masa Free

Dah lama tak berblog ni...dah lama gak tak ada masa free ni...so ni lah masanye aku nk mengarang di blog.Banyak nak cita tapi tak tahu nak mula tang mana.Raya Haji tahun ni kat johor je,..cuti sehari je...Mama yang datang beraya di johor...sian mama thank.Hari ni sabtu aku keje.Pengasuh aiman cuti, then aiman buat pertama kalinya aku tingalkan dia dgn ayangnye bersapa opahnye yang jaga.Tak thu lah macam mana dua beranak jaga aiman.Aku harap semua ok.

Bulan depan ada big program dan bulan depan jugak my bestfriend wedding.Tersenyum aku bila kenang sal dia...dah nak kawin pun dia.Kami pun dah kurang rapat cam dulu sebab tak sesuai dan tak boleh.Masing2 dah ada pasangan masing2.Tp memory dgn my best friend ni mmg banyak..sweet2 semua.klu kenang2 kelakar pun ada.Semoga kalian berdua bahagia sampai akhirnya.Aku cam tak leh datang je kenduri my best friend tu.Mungkin lah perempuan boleh kot.Untuk my big program lak..harap berjalan dgn lancar.Gaun dah cari...My love suka gaun tu but aku kurang.tp dah sewa pun.fofografi pun dah ok.make up pun dh ok.tinggal bunga tangan aku nk cari bunga hidup.lagi y aku tgh fikir kan aiman nak join ke tak.baju y aiman nk pakai.


Kereta kancil aku belum sampaijohor lagi.memandang kan bnyk perkara y berlaku sepanjang bulan2 lepas..terpaksa delaykan penghantaran kancil aku tu.Plan nak hantar pas raya tak jadi sebab ayah aku kemalangan kecil..kakinye luka.tak sampai hati lak nak biar ayah aku hantar sakit2.then ayah aku plan dlm bulan 11 lak.tp tak jadi gak.kakak aku yang sulung dgn anaknye ikwan di tahan kad wad sebab virus H1N1 dengan Husna pun kad wad jangkitan paru2 lak.musim kena tahan kat wad plak.so sampai rini blm lagi..tap aku pun tak uregent nak guna.

diam2 dah nak kul 1...time out ni..bye..

29 September 2009

RAYA 2009










09 September 2009

Ngidam Makanan Perak.








Sebut sal ngidam mesti ingat sesuai untuk org megandung ken...heeeee..kakaka
Tapi aku bukan la ngidam.Tapi dah lama tak makan masakan perak.so teringin tahap gaban la....pergi cari kat bazar ramadhan tak ada.Bazar ramadan kat sini semua selera kelantan dan johor je.Kalau pergi bazar tu...ronda 2,3 kali pun tak tahu nak pilih makanan apa.Selalu yang aku pilih Laksa @ bubur.Aku mencari masakan tempoyak,pekasam,masak lemak cili api,pais ikan,rendang tok..apa2 je lah selera utara.Dah merata bazar aku cari.Tapi tak ada la...aku dah pesan dah kat mak aku simpan ikan pekasam.Lagi seminggu lebih je nak raya....yes2....tak sabar nak pergi bazar kat taman meru.Tengak gambar kat atas tu dah meleleh air liurku.Doakan perjalanan ku pulang ke kampung halamat dengan selamat.Doa ku juga untuk teman2 sekalian.

07 September 2009

Fluorida Membahayakan !!!!

APA ITU FLUORIDA?
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.



MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.



MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.



KES MAHKAMAH
Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.



PENYELIDIKAN AWAM
Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.
Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia."



AMARAN & PANDUAN
Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:


"WARNING: KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY."
/
“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”





FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:

- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit

BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!
Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.

SUMBER MAKLUMAT:
Panduan CAP, Bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik & Produk Kegunaan
www.fluoridealert.org

02 September 2009

SMS Yang Mengejutkan.

Pada Isnin yang lalu...time cuti merdeka. Aku menerima SMS yang membuatkan aku hampir pitam.Aku kalau dirumah jarang nak dengar hanphone bunyi sebab aku pun kadang2 lupa kat mana aku letak handphone.Kadang2 aku tertingal dalam kerete.Tapi klu aku nak pergi jalan-jalan, tempat kerja atau selain dari rumah aku memang hanphone akan melekat dengan poket aku.Tapi sampai je rumah.erm....tah mana aku letak.Bila ambil je hanphone mesti ada 2,3 kali miscall.

Ceritanya pada isnin tu.Aku tengah masak didapur tetiba teringat nak fon kakak aku nak tanya resepi masakan (nak masak baru nak fon tanye..heeeee...)Bila aku ambil hanphone kat dalam kereta ada 1 SMS aku terima.Aku pun terus je baca SMS tu tanpa melihat sapa pengirimnye.SMS tu bertulis "MAK ABAH DAH SAMPAI HUKUM.AZAN ZOHOR TADI".Habis baca aku rasa darah dah naik kat atas...nak bernafas pun aku dah rasa susah.Dalam hati dah berkecamuk.Aku macam tak perchaya..aku masih belum sempat mintak maaf lagi.Aku duduk kat kerusi untuk menenagkan fikiran.Tapi aku masih belum melihat pengirimnye lagi.bila aku tengok pengirim SMS tu adalah bapa mertuaku rupanya yang nak beritahu mak kepada ayah mertuaku yang telah sampai hukum....Ya ALLAH Ya TUHAN KU.....leganya hati...bertapa nyesalnye aku tak baca sapa pengirimnye dahulu.Then baru aku beritahu kepada my love.Pengajaranye lain kali baca sapa pengirim sms dulu.Yang paling penting jgn tunggu raya baru nak mintak maaf kat parents kita.Akhir kata Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Juga TAKZIAH kepada keluarga bapa mertuaku.AL-FATIHAH

01 September 2009

Si Kancil Akan Datang....

Hari ni ada dua berita yang aku terima.Satu Sedih satu happy sangat2. So cerita yang sad dulu lah.Aku rasa satu malaysia tahu kot....satu malaysia pun tengah merungut...sal apa lagi...minyak petrol naik la....Bila minyak naik..semua barang akan naik.Naik nak dekat raya lak tu.Confirm tiket naik mendadak.Kalau tahun lepas harga tiket JB - Ipoh boleh mencecah seratus lebih..tahun ni..tah la...mahu sampai 150 kot.So klu dua org dah dekan 300 tu.erm....baiklah aku balik naik kereta...harga lebih kurang je.So nak balik ni kena spend money lebih lah...klu tak raya kat JB je dgn my love..uwa.....uhuk2...sob..sob...tak sangup.




Then berita HAPPYnye.Pagi2 dapat pangilan dr abah.Abah dh beli MYVI so nak jual kancil.Bukan kancil y gambar kat atas tu.Kancil aku tu warna merah.Abah offer kat nak jual kat aku.Then tanpa pikir panjang jawapan aku pun yes la....kebetulan aku dgn my love pun ada gak merancang nk beli kancil tu kat abah.Kancil tu utk my love berulang ke tempat belajar dan nk g jln y dekat2 je..jimat minyak sikit.Selain tu kancil tu banyak memory.Bukan takat menyimpan memory aku je..juga memory kakak aku y sulung sebab tu kereta pertama dia.Wlu pun kereta tu dah mencecah 10 tahun (dah boleh masuk warga emas tu...) tapi perhikmatan dan value dia tinggi bagi aku.

Sedikit memory tentang kancil merah ni.Kancil tu keluaran tahun 1996.Sebelum kakak ku melanjutkan pelajaranye ke oversea kakak ku menjual pada ayahku.Walau pun kancil tu nama ayah ku..tapi aku guna cam hak aku.heeeee...Kanci tu yang aku bawa mula2 belajar kereta.Kancil tu jugak aku guna utk g belajar tahun akhir dulu.Kancil tu jugak aku angkut kawan2 umh sewa aku dulu.Penah sekali seramai tujuk org dlm kancil tu..cam sardin lm tin.Kancil tu gak aku dgn kwn2 aku g jalan malam2 ronda pekan ipoh tengok mak nyah....Yang paling penting....kancil tu gak yang selalu aku dgn my love g jenjalan waktu cintan cintun dulu.Kancil yang telah memudahkan aku berulang ke pulau pinang dulu time buat sijil pra persekolahan.Aku gak telah melaburkan money dgn kancil tu.Aku dah pasang alarm sistem.Aku pasang radio JVC.Terlalu banyak kenagan dengan kancil ni.Tak sabar menunggu kedatangan kancil ke johor ni. : )

21 August 2009

Kek Lagi......









Ni lah gambar kek yang aku order dari nr yummie blog....kek coklat moist.kek kegemaran aku.aku order time aku balik ipoh bulan lepas.Puas hati dapat makan kek.Tambah lak makan dengan si kecil di keliling.erm....yummie...yumie....sedap menjilat jari.Siap tapau bawak balik johor lagi...heeee

Sal kek coklat ni....aku dah rase jugak beberapa org buat kek coklat ni...tp yang paling melekat dgn cita rasa aku..ada dua org...kek dia y lembut...dgn moistnye...erm...marvelous lah....klu korang nak order kek coklat ni...yang dok ipoh la....aku cadangkan sama ada di http://feenacakes.blogspot.com/ atau di http://nr-yummie.afzaiafandi.com/ kat johor ni aku belum lg jumpa y best. Ada sekali aku order kat johor ni lah ..nampak cantik giler..dia memang terow sal deco2 kek ni siap bukak kelas lagi.Tapi mak ai....kek dia keras..nak potong pun susah..rasa pun kureng....tp mungkin waktu dia buat kek kat aku terlebih tepung kot.Tp buat aku x nak order lagi.uhuk2.....

Berhenti Kerja

Sambungan kisah yang lalu.Bulan depan semingu sebelum raya aku dah masuk company baru.Last aku di company ni pun lagi 3 minggu.Aku nk berenti pun susah.Dugaan jugak nak berenti.First aku dipujuk oleh second bos.Siap offer gaji naik.Then alasan aku bukan kerana gaji.Kerana tak sangup lg kerja dgn my bos.Aku takut lepas ni dia akan tuduh aku apa2 lak.Aku tak nak ambil risiko tu.Then second bos pun ok lah....lepas kan aku.Bila bos aku dah tahu aku hantar surat berenti.Dia pulak jumpa aku.Tiga kali meeting dgn aku secara personal pujuk aku.Siap offer gaji lagi tinggi dr offer y aku dapat dr company baru.Ada lagi offer dia....nak tambahkan kerja aku kalau aku rasa boring dgn kerja sekarang.Macam2 dia pujuk aku.Aku dah bagi hint aku berenti bukan kerana jawatan ke.....gaji ke....tp tak suka dia.Tp dia ni tak paham2.Aku dah malas nak meeting banyak kali dengan dia nak pujuk2 aku.Time nak berenti bukan main lah.Dia ingat aku leh lupa dia tuduh aku.Senang2 suh aku maafkan.Ingat perkara kecil.Maruah aku tau.Last sekali meeting dengan bos dari singapore lak..benda yang sama jugak cakap.Masih pujuk aku.Nak naik gaji la..jawatan la...bg aku dah lewat tawaran itu semua.Yang aku tahu aku nk berenti dari bos aku.Bila bos dari singapore dok tanya why2....aku pun dah tak tahu nak ckp pe...gaji dia offer pun aku say no..jawatan pun aku say no....lagi aku tak ckp y sebenar lagi tu lah tak lepas aku.Last sekali aku pun ckp...aku dah tak nak kerja di bawah my bos becoz bla.....bla....then diorang pun akur dgn kehendak aku.Diorang pun thu my bos patern & peragai suku2 dia.Lega rasa..happy gile...heeeheee.Then sekarang aku tengah tunggu org dr site office utk aku ajar wat keje lak.Dia ni tak de basic.Sebab dia ni ISLAM,Melayu dan seorang ibu yang tengah megandung...so aku plan ajar la dari A-Z.Kalau org lain....jgn harap aku ajar penuh...pandai2 la....


Dah nak puasa besok...aku pun nak buka buku baru....Selamat Beramal Ibadah..Jom Lumba2 pg terawih.bye....

14 August 2009

Tabahkan Hati Ini

Bulan ni dugaan satu persatu dugaan datang.Tapi aku tak kesal.Aku cuba hadapi dengan redha.Dugaan paling getir aku rasa bulan ni kat pejabat.Dugaan betul2 mencabar keimanan ku.Ya ALLAH Kuat kan hatiku melalui dugaan mu yang kecil2 ini.Aku tahu KAU menguji ku ditahap kemampuan ku.Ya ALLAH kau kuatkan juga imanku.

8/8/09 tarikh y akan aku ingat dalam sejarah hidup ku apabila aku dituduh menceroboh ke dalam komputer my bos dan membuka maklumat sulit pejabat.Hati aku betul2 sakit marah kecewa.Pagi sabtu tu..tibe-tibe naik angin tanpa aku tahu puncanya.Hentak-telefon...tutup pintu kuat2...aku masih buat tak tahu.bagi aku mungkin ada msalah peribadi kot.Lagi pun satu office aku tahu dia tu memamng tiga suku(bukan aku y letak tp org2 office memang pangil dia 3 suku).Then datang tempat aku.Tanya dalam marah tanya aku ada tukar pasword komputer aku tak.aku jawab memang ada.komputer aku suka hati lah aku nk tukar ke tak.dlm komputer aku pun ada dokumen sulit gak.then dia suruh aku bagun dia nk tengok komputer aku.dari situ aku tahu dia marah aku tp aku tak thu kenapa.aku biarkan je...mungkin dia nk monopous kot atau dtg bulan.tapi lama-lama aku geram gak...ckp dgn aku pun dh tak ada adap sopan.aku tanya marah aku ke..dia ckp tak.dia marah seseorg.tak pe..aku sabar lg.Lama lepas tu dia fon bos kat singapore tp guna hanphone dan cakap kat bawah pejabat.naik atas masuk bilik air hempas pintu.Aku dah hangin satu badan.Aku ambil beg aku blah.dia fon aku tak angkat.kebetulan hari tu aku ada interview company lain..heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Petang aku dapat pangilan dari kawan pejabat aku.Dia cakap my bos report big bos aku tengok dokumen sulit dalam komputer dia.My big bos terkejut.Big bos tanya macam mana aku leh tahu sedangkan komputer dan dokumen semua ada pasword.cam mana aku leh tahu pasword.my bos cakap..RASA-RASAnya aku tahu(boleh tuduh2 main rase2).Kawan aku cakap my big bos memang tak percaya.Sebab gelaran tiga suku pun big bos y bagi.Aku adalah pembantu dia yang ke 4 sepanjang tujuh tahun dia berkerja di sini.Big bos kata isnin nanti aku datang bincang lagi.

Isnin pagi aku datang dengan hati yang panas....aku masuk pejabat tengok muka dia aku dah rasa mamat ni nak kena belasah dengan aku.dia tengok muka aku marah tak berani tegur..after 30 minit dia datang sebab aku dah pack semua barang aku.Dia nak cakap dengan aku..pandai lak kuar bahasa lembut.aku malas layan aku masuk bilik second big bos aku.aku kunci bilik.aku nk redakan marah aku.Ikut hati aku nak je baling cawan kaca aku kat muka dia.dah lama diaketuk bili.aku kasi lah masuk sebab aku nk dengar sendiri dari mulut dia tuduh aku.aku nak tanya apa sebab tuduh aku dan bukti.Tp tak cakap pulak.ayat pertama mintak maaf.then ckp dia tak marah aku hari sabtu tu.So kami meeting 4 orang.my second big bos,HR,my bos & aku.dia tak ngaku dia tuduh aku.padahal waktu dia ckp second big bos aku dengar.aku malas nak panjang2 cerita sebab dia tak ngaku.aku ckp okm setel....tapi aku sempat warning...jgn ingat aku perempuan, aku diam,aku layan je peragai dia...boleh tuduh aku x da bukti,boleh pijak2 kepala aku.Selang dua hari aku hantar surat berenti.Bagi aku bahaya kerja dengan dia.Tak mustahil dia akan tuduh aku benda lain pulak.Hasil siasatan kecil aku.Dulu pun pembantu dia..memang selalu kene tuduh macam2.So baik aku berenti..Tp tahan2 aku plak.nanti aku citer sal aku nak bernti dok pujuk2 aku jgn berenti.

06 August 2009

Balik Ipoh

Lama Tak UpDete blog ni...mana taknye...balik ipoh dua hari.....heeeeee...dah bersarang gak blog ni....Awal2 bulan aku ambil cuti balik ipoh.Pe lagi susah hati la bos aku.Dah macam cacing kepanasan.masuk hari ketiga bos dh fon aku suh balik keje...heeeee...Baru dia tahu.Aku Pun Satu..dah tahu keje banyak g cuti wat pe...Aku cuti sebab ada interview kat ipoh...Senang hati balik ipoh walaupun dlm kepala ni dok pk keje2 bertimbun2 atas meja.Lagi Senang hati balik ipoh dapat makan kek coklat...heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..siap bawak bekal ke johor lagi kek coklat tu.
Sal Balik Ipoh ni banyak gak nak story..story interview dalam sejaharah hidup ku.Nanti lah story...dah penat ni...rini baru sampai dari Ipoh...Esok dh nk bertungkus lumus siapkan keje.So nka rehatkan badan lak....byeeeee

31 July 2009

Kini Aiman Lapan Bulan

Aiman Lapan Bulan



Aiman Tujun Bulan




Aiman Enam Bulan



Aiman Lima Bulan



Aiman Empat Bulan



Aiman Tiga Bulan




Aiman Dua Bulan




Aiman Sebulan



Aiman Beberapa Hari


24 July 2009

Rindu Aiman

Keje tengah tak de ni...ni lah masa nak upda blog ni...time ni jugak teringat sal hari pertama aku tingal kan aiman kat pengasuh satu malam.Tangal 11 jul y lepas aku menaiki bas tranasional ke klang meningalkan aiman. Dalam hati dok ingat kat suami dengan aiman je.Fon suami tak angkat mungkin dalam kelas lagi kot.Fon mama lak ( pengasuh aiman).Alhamdulliah mamanye ckp OK.tak meragam..baik je...siap bwk naik moto dan jln2.Mamanye ada ckp..."ni mak dia yang rindu ni..aiman OK je...jgn risau..ni mak dia yang nagis rindu anak ni"....hati mmg tgh sedih bila mamanye ckp cam tu.Adoi!!!! air mata tak tahan dah...cepat2 habis ckp dgn mamanya.Cari tisu dlm beg.ada 3 pek tisu...apa lagi dok lap air mata la.....uwaaaaaaa....uwaaaaaaaa.....nasib gak malam so tak nampak sgt lak aku nagis dalam bus.uhuk2....nagis puas2..habis dua pek tisu lap air mata campur sekali mukus2...heeeeeeeee.Dah nagis lege hati.Minggu ni...no air mata lagi..aku tekad stop belajar.Lagi pun kos aku tu no market value dan bukan minat aku. My love say mintak lagi next year dengan bidang dan minat aku lak.Tapi rasanye tak kot.Aku lebih suka berkerja di rumah.sal ni next story...bye...

22 July 2009

Namanya Imran...

Sapa yang nama imran tu.......jeng.....jeng.....bukan sapa-sapa kay...ia nama anak kakak aku yang baru lahir pada 25 jun yang lalu.Aku pun tak tengok lagi Imran ni.Belum lagi balik ipoh.Insyallah bulan depan aku balik ipoh...yahooooooooooooo....balik kampung.Jangan buang masa...kita tengok gambar Imran ni...









Ikhwan Dengan Adiknye Imran.


psttttttt.....korang jom tengok web ni..ada jualan lah...best..

http://promosi2u.blogspot.com

13 July 2009

Pergi Jua

Aku nak sambung sal keputusan aku nak pergi atau tak ke kelas shah alam ritu.Aku ambil keputusan nekad dan restu suami untuk pergi jugak ke shah alam. Alhamdulilah aiman dan sihat jugak sblm aku pergi ke shah alam.Dlam berat hati nak tinggal kan aiman aku gagah kan juga hati...tp dlm ingatan sentiasa pk kan anak.Pertama kali aku tinggal kan aiman.Alhamdulliah semua berjalan dengan lancar.Allah tu kan maya mengetahui dan memahami dan membantu umatnya...

Aku jugak nk cerita pengalaman aku untuk kali pertama nak ke shah alam dgn berdikari sendiri.My love tak dapat hantar aku ke bus stand larkin sebab dia juga ada kelas sampai malam.Nak tingalkan kerata di larkin risau hilang dan bahaya untuk aku jugak nanti.So aku decide tingal kereta di Bus stand P.gudang supaya senang nanti my love nak ambil kereta.Aku lak naik bus lompat lah ke larkin.Di sebabkan ni kali pertama aku naik bus y bayar tiket guna mesin.Aku ingat mesin tu cangih la benor.....aku ingat bila masuk duit mesin tu tahu berapa aku dh masukan duit...sangkaan aku tu salah...adoi!!! malu gila aku waktu tu...tahu tak pe jd.Aku tanya la driver bus ke larkin berapa..dia ckp RM5.40. aku pun masuk kan la duit 5 sekeping dan syiling 10sen 4 keping.Pastu aku tanya la..cukup tak...Boleh dia marah aku..."awak yang masuk awak la kira" Aku pun tergamam la...aku intai belakang mesin tu...upanya dia bukan auto kira...dah dia marah cam tu..aku ckp lah..dah msk 5.40..baru dia print tiket bg kat aku. Malu aku rasa...Cuba bg tahu elok.....aku terpk jugak..kalau org masuk tak cukup cam mana.dia tahu ke tak.Ni kne jujur dgn diri sendiri lah.Kesimpulan nye.....Budi bahasakan budaya kita.... : )

10 July 2009

Jiwa Kacau

Dari semalam jiwa betul2 kacau.Esok aku nk ke shah alam.Esok juga buat pertama kali nk tingal anak dgn org lain.Aiman lak belum baik habis.Tapi nampak makin baik.Doaku moga aiman baik sepenuhnya hari ni.Hari ni makin jiwa tak tenteram.Aku belum lg nk buat keputusan cam mana.Adakah aku pergi jugak kelas tu..Tingalkan aiman dgn pengasuh.Dalam keadaan aiman sekarang pergi kelas pun tak tenang. Atau aku tanguhkan pelajaran aku.Tanguh..dgn sapa aku nk rujuk....lulus ke permohonan aku...belum apa2 lagi dah nak tanguh.Sedangkan nk tukar kos pun kena marah & perli dgn org2 tu....nk drop subjek pun layan tak layan.ni nak tanguh sem cam mana lak.Dengan sapa harus aku rujuk utk tanguh sem ni.Atau aku tak pergi kelas.Kalau tak pergi...cam mana nk kenal member.kalau ada asigment aku dh ketingalan..no group.kalau ada kuiz.aku dah kurang markah.Tambahan pulak ni kelas pertama.Penting bagi aku utk kenal member..pastu kalau tak dpt datang boleh tanya member.Apa harus aku lakukan....My love pun ada kelas so tak dpt jaga aiman.Jiwa betul2 kacau nk tingal kan anak dan suami.Apa keputusan aku kena buat.